Adik Berkahwin Dahulu, Kenapa Anak Sulung Yang Sentiasa Mengalah? Untung Jika Jodoh Anda Dengan Anak Sulung!

 

Bagi mereka yang mempunyai ramai adik beradik, berkemungkinan ibu bapa anda mengalami kesulitan dari segi kewangan. Anda menjadi rasa serba salah dan keinginan untuk membantu keluarga amat kuat  lebih-lebih lagi jika anda adalah anak sulung. Anda mempunyai rasa tanggung jawab untuk membantu ibu bapa terdahulu, kemudian adik beradik. Sehinggakan anda tiada masa untuk memikirkan tentang diri sendiri.



Kebahagiaan keluarga terletak di tangan anda. Apa sahaja tindakan dan keputusan anda adalah untuk memastikan keluarga selamat dan semuanya cukup.

Sering kita melihat, si adik berkahwin dahulu dan dipanggil langkah bendul. Kata si anak sulung, jika adik bahagia dan gembira, dia turut merasakan kebahagiaan. Abang atau kakak mana tidak mahu melihat adiknya bahagia bukan?

Kerana doa si anak sulung untuk melihat keluarganya bahagia. Murah rezeki si adik untuk menamatkan zaman bujang dengan insan yang terpilih.

Selain daripada itu, dapat juga kita melihat sudah tentu si anak sulung ini, rajin tangannya menghulurkan lebihan duit untuk adik-adiknya. Simpan daripada pendapatannya menjadi belanja si adik-adik dan ibu bapa.

“Along dah dapat gajikan, belanja la adik” rengek si adik.

Golongan anak sulung ini juga, amat penyayang  kerana mereka selalu melayan kerenah adik-adiknya. Tidak kira di mana sahaja anak sulung ini berada dan ke mana, pasti adiknya akan ikut. Kelihatan bayi atau anak-anak kecil amat senang dengan mereka. Anak sulung juga adalah seorang yang mempunyai sifat kekeluargaan yang tinggi di samping bertanggung jawab.

Bertanggung jawab, terlalu mengambil berat, penyayang, tidak kedekut, sifat kekeluargaan yang sangat tinggi atau ‘familyperson’, untung jika kekasih hati anda adalah anak sulung!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen