Jodoh Akan Datang Tepat Pada Waktunya. Usah Bersedih.

 

Awal dahulu kita berasa amat gembira melihat kawan-kawan naik ke jenjang pelamin. Satu per satu kawan mendirikan rumah tangga bersama calon pilihan hati masing-masing. Tapi, lama kelamaan, diri semakin stress mengenangkan soalan mak cik bawang di kampung. Dah ada orang ke? Bila nak makan nasi minyak? Huh. Sabar. Belum ada jodoh.



Jodoh. Ia akan datang tepat waktunya. Kata orang, jodoh, maut semuanya rahsia Allah. Mungkin Allah tahu akan hambanya yang belum bersedia. Ya! Diri kata bersedia, tetapi hakikatnya Allah sangat mengetahui kemampuan kita. Bukan pada kekuatan fizikal saja, tetapi kekuatan mental.



Usah bersedih dan teruskan langkah. Hiduplah secara positif. Dekatkan diri kepada Allah kerana dia amat mengetahui akan kesedihan kita. Mintalah kepadanya, kerana dia jualah yang mampu mengerakkan hati-hati manusia untuk menerima kita. Bisikkan kepada-Nya saat malam dan siang. Usahalah juga dengan memperbaiki diri sambil mencari calon yang sesuai.

Wanita, jika ada yang berkenan di hati, risiklah beliau. Mungkin saja dia memerhati dari jauh. Tapi, segan untuk memulakan langkah. Berikan hint kepadanya, tanya dan teruskan langkah. Berusaha juga mencari inisiatif lain. Mungkin kunci yang dicari belum ditemui.

Hadapilah soalan-soalan orang diluar dengan tenang. Keluarkan sikap positif. Pasti hidup akan menjadi lebih tenang. Manfaatkan saat-saat ini dengan kebaikan dan bergaullah dengan orang yang baik. Kerana disitu ada kebahagian dan rasa syukur akan kehidupan.



Pasti. Ia akan temui jua nanti. Untuk dinikmati, bersama si dia dengan redho Ilahi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,364 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen