Cincin Yang Sesuai Untuk Anda Dan Cara Memakainya.

 

Cincin dalam adat perkahwinan tidak dapat dipisahkan. Islam adalah agama terbaik. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara seperti ekonomi, politik dan sebagainya amat dititik beratkan agar semuanya selari dengan perintah Allah. Dalam bab menyarung cincin juga Islam ada panduan tersendiri. Banyak sangat cincin kan? Hehehe Merisik, tunang, berkahwin, anniversary semuanya diberi cincin.



1. Seorang lelaki boleh memakai cincin yang diperbuat daripada perak. Dalam mazhab as-Syafi’e menyatakan ianya adalah sunat. Selain itu? Lelaki boleh juga memakai permata, zamrud, zabardad dan ‘aqiq kecuali cincin emas, ia haram bagi seorang lelaki. Untuk seorang wanita, cincin emas diharuskan untuk dipakai.

2. Lelaki disunatkan memakai cincin pada jari kelingking sahaja. Mazhab Hambali menyatakan, makruh jika memakai cincin di jari tengah (hantu), ibu jari dan telunjuk. Wanita, terserah. Boleh dipakai pada mana-mana jari.

3. Dalam bab tangan pula, kedua-dua tangan boleh disarungkan cincin. Samaada kanan mahupun kiri. Jelas ya?

4. Rasulullah s.a.w pakai cincin di jari dan di tangan mana ya? Nak ikut sunnahlah katakan. Okay. Rasulullah memakai di jari kelinking pada tangan kiri.

5. Alang-alang kita bahas bab cincin, cincin yang ada kalimah Allah dan Rasulullah boleh dipakai ke? Jawapannya adalah dibolehkan. Tetapi jika mahu ke tandas, maka tanggalkan. Hukum memakai cincin yang terdapat kalimah tersebut di dalam tandas adalah makruh.



Jadi, jelas ya? Selamat menyarung cincin. Hehe


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,730 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen