Teman Bertukar Menjadi Teman Hidup. Teman Bagaimana Yang Sesuai Dijadikan Teman Hidup?

 

Kawan sudah lama, tahu sedikit sebanyak lingkah lakunya. Tapi, bila suka sama suka antara dua pasangan tiba-tiba terdetik, adakah boleh pihak tersebut saling membimbing apabila berumah tangga kelak? Bagaimana mahu teliti dia seorang yang baik atau tidak? Kami kongsikan kepada anda ciri-ciri yang terdapat kepada orang yang baik. InsyaAllah jika pakaiannya bukanlah yang berserban atau bertudung labuh, kita boleh kenal pasti dia orang yang baik.



1. Tingkah laku baik.

Kalau sebelum ini kenal si dia di sekolah atau di pejabat, lihatlah tingkah laku dia bersama guru-guru, kawan-kawan dan paling penting dengan orang tuanya. Jika dia menghormati orang tua, insyaAllah dia juga akan berbuat baik dengan orang lain.

2. Pegangan yang baik.

Kita sebagai umat Islam berpegang kepada ahli sunnah wa jamaah. Jadi, jika kita melihat pengetahuan dia tentang agama sedikit terpesong, selidiki dahulu. Kerana sekarang terdapat banyak golongan-golongan yang memesongkan agama. Selain itu, pastikan dia taat dalam beribadah dan menjauhi maksiat.

3. Berpakaian yang baik.

Dalam Islam telah digariskan panduan dalam menutup aurat. Tidak semestinya anda perlu memilih pasangan hidup yang berjubah serban, bertudung labuh. Lihat saja adakah dia berpakaian yang menutup aurat. Itu sudah dikira baik.

4. Melakukan perkara bermanfaat.

Lihat aktiviti seharian mereka. Kakinya melangkah ke mana setiap hari? Dengan siapa dia bergaul? Jika semuanya okay, maka dia sesuai untuk dijadikan suami atau isteri.

5. Selalu memberi nasihat.

Tidak kiralah dia memberi nasihat kepada anda atau kepada orang lain. Jika sifat ini ada pada seseorang dan dia menasihati seseorang itu dengan baik, dia sebenarnya ingin sahabatnya berubah kearah kebaikan, dan sama-sama membentuk diri ke arah tersebut.

6. Zuhud terhadap dunia.

Zuhud bukanlah barmaksud tidak memandang langsung hal keduniaan. Begini. Cara mengenal orang ini zuhud atau pun tidak, jika dia ada sesuatu yang boleh dikongsi, dia akan berkongsi bersama dengan sahabat lain, jika kenikmatan ditarik oleh Allah di tetap cool dengan dirinya.



Okay, pilihan terdapat ditangan anda. Kalau anda sukakan seseorang, tetapi si dia tidak terdapat ciri-ciri tersebut, tak mengapa. Ubah dulu diri kita kearah kebaikan, kemudian ajak sama-sama si dia ke arah tersebut. Mudah-mudahanya pilihan kita tepat.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen