Jodoh Adalah Cerminan Diri, Kalau Salah Betulkan Bukan Tinggalkan.

 

Tidak semua orang yang datang dalam hidup itu akan memberi kebahagiaan untuk kita. Ada kalanya mereka ini datang untuk menguji dahulu sebelum membahagiakan kita. Jadi kita perlu memperbaiki dan membawa mereka menemui satu jalan yang lurus sebelum mengambil keputusan untuk melepaskan mereka. Tiada satu orang pun di dalam dunia ini begitu sempurna tanpa sedikit silap dan salah begitu juga diri kita.



Di samping itu juga, jangan lupa untuk kita menoleh ke belakang, mencari tahu di mana silapnya kita dahulu. Adakah kita juga dahulu sepertinya? Adakah kita pernah menghukum orang sepertinya? Jika ya, serahkan saja semua di tangannya. Cepat atau lambat seseorang itu akan menerima hidayah daripada Yang Kuasa. Cuma kita yang perlu sabar dan terus berdoa kepada-Nya.


“Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat), mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” Surah An-Nur, ayat 26.


Seseorang yang kita jumpa itu, belum tentu memiliki akhlak yang baik. Tetapi kita tidak boleh meninggalkan mereka begitu sahaja hanya kerana akhlaknya. Bimbing dirinya dan bantulah dirinya agar satu akhlak yang baik muncul dalam dirinya. Jangan membiarkan hilang arah tanpa membimbingnya. Jangan menuduhnya tanpa mengetahui puncanya. Dari segi agama mungkin ia kurang tapi pasti dia ada kelebihan yang lain. Mungkin dia akan membawa anda kepada jodoh yang anda cari selama ini.



Selain itu juga, seseorang yang hadir dalam hidup kita ini belum tentu mempunyai keperibadian yang baik. Janganlah anda mencuba menghukum seseorang untuk hanya melihat keperibadiannya. Tutur katanya mungkin tidak berlapik dan kasar, tapi itu tidak melambangkan apa di dalam hatinya. Jangan hanya sedikit kesalahan anda terus menjatuhkan hukuman. Apa yang anda harus lakukan adalah, bimbing dirinya agar mampu membentuk keperibadian yang mulia. Menunjukkan ciri-ciri seorang yang mempunyai keperibadian yang baik kepadanya. Mana tahu dia mampu menjadi yang lebih baik daripada anda.

Tidak lupa juga, jika satu hari kita dijodohkan dengan seseorang yang mempunyai kisah silamnya, bimbing lah mereka ini dan perbaiki dirinya. Jangan membuat kisah yang lepas itu sebagai salah satu punca anda tidak menerima mahupun membencinya. Jangan meletakkan dirinya sebagai satu kesalahan yang anda rasa itu begitu hina. Doakan mereka ini akan berubah dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Mungkin mereka ini datang sebagai pengajaran dan pedoman untuk anda terus membaiki diri. Walau apa pun kesalahan mereka yang pernah dilakukan, jangan menghalang jika mereka adalah salah seorang daripada jodoh anda. Mungkin dahulu mereka kaca, namun tidak mustahil ia lah permata yang paling indah dalam hidup anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen