Ibu Bapa Mahu Pasangan Yang Sempurna, Menyebabkan Anda Menjadi Single Terlalu Lama?

 

“Mak nak saya cari lelaki yang kaya, banyak harta, dia taknak tengok saya susah nanti” kata si gadis.

“Habis tu, awak nak saya buat apa lagi? Sambung belajar dah, kerja dah. Saya hanya mampu setakat ini je, awak dah putus asa dengan saya ke?” keluh si jejaka.

Manusia itu tidak sempurna, maka kesempurnaan itu lah yang mereka cari. Mereka mencari yang terlalu sempurna, tetapi adakah mereka itu saling menyempurnakan antara satu sama lain. Anda perlu ingat bahawa Allah itu sifatnya sempurna, hanya Allah swt yang Maha Sempurna.



Kadang kala, bukan pasangannya yang menjadi terlalu cerewet, tetapi ibu bapa mereka pula yang terlebih cerewet. Kesenangan anak yang terjamin pada masa hadapan menjadi idaman setiap ibu bapa. Ibu bapa mana yang mahu melihat anak mereka menderita. Setiap pasangan di letakkan syarat. Sampai sudah anaknya tidak lagi bernikah.

Sebagai anak sudah tentu anda tidak mahu derhaka kepada kedua ibu bapa, tetapi anda ingin bahagia dengan pilihan sendiri. Anda buntu, dan akhirnya anda berputus asa tanpa mencari. Anda membiarkan hidup anda berlalu sepi. Hati sudah tidak punya perasaan untuk bercinta kerana ibu bapa terlalu mengharap sesuatu yang tinggi.


Anda lebih rela menjadi single tanpa menyakiti kedua ibu bapa anda. Perlu di ingat, sebelum mencari jodoh, sebelum bercinta dengan pasangan kerana Allah, cari dahulu keredhaan ibu bapa. Ibu bapa berhati keras? Berdoa pada Allah untuk lembutkan hati mereka. Memohon keampunan untuk diri anda dan kedua ibu bapa anda dan mohon jauhkan api neraka daripada wajah kedua ibu bapa anda.

Doa yang konsisten setiap hari, mampu melembutkan hati kedua ibu bapa. Insya Allah. Dengan izin Allah. Hati dan perasaan itu sering berubah tetapi ia milik Allah. Jika anda taat kepada kedua ibu bapa, Allah akan makbulkan doa anda, jika bukan hari ini, kemungkinan esok hari. Tunggu lah dengan penuh kesabaran.

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,775 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen