Ketika Hero Beraksi: Tugas Isteri Yang Boleh Hero Bantu.

 

Rasulullah s.a.w adalah manusia yang sangat baik terhadap ahli keluarganya. Setiap apa yang dilakukan oleh isteri beliau, beliau tidak terkecuali untuk turut sama membantu dalam melancarkan hal-hal rumah tangga. Tugas seorang isteri terlalu banyak. Kadang menyebabkan mereka sangat lelah dalam melakukan tugas seorang isteri. Sebenarnya, kerja-kerja rumah yang isteri siapkan bukanlah semata-mata tugas isteri. Ia adalah tugas suami isteri yang perlu dilaksanakan bersama. Jadi, apa tugas-tugas yang boleh suami bantu ya?



1. Pekerjaan dapur.

Jika suami tak boleh untuk membantu hal remeh di dapur, bantu saja dalam menyediakan hal-hal yang lebih ringan. Misalnya membuat air, mengisar bahan-bahan asas seperti bawang, cili dan sebagainya untuk memudahkan pekerjaan isteri saat dia serang hendap dapur tu nanti. Jika anda pandai memasak, oh beruntungnya isteri anda.

2. Penyediaan pakaian.

Dari membasuh pakaian, menyidai pakaian, melipat dan menggosok pakaian. Pilihlah salah satu perkara yang anda suka lakukan. Apa susah sekarang ,tekan-tekan button mesin, dah pun siap basuh baju. Tinggal sidai, lipat, gosok saja. Melipat pakaian adalah pekerjaan yang tidak disukai wanita. Jadi, tolonggglah sangat-sangat sang suami bantu. Bosan mungkin si isteri melipat baju hari-hari. Hehe

3. Mengemas rumah.

Tugas tersebut termasuk menyapu sampah, mop lantai, cuci tingkap, cuci kipas, susun atur perabut. Pekerjaan ini sangat memerlukan bantuan seorang suami. Mencuci kipas yang tinggi di atas kepala anda tu, mengalihkan perabut-perabut yang berat misalnya.



Banyak juga kerja isteri-isteri buat di rumah ya? Baru tahu ke? Hehehe So, bantulah mereka. Kalau mereka jadi suri rumah sekali pun, jika ada anak, payah juga untuk menguruskan si kecil tu. Lebih-lebih lagi jika ramai. Yang bekerja pula, penat bekerja lagi. Pulang, uruskan anak dan pekerjaan rumah. Suami mana? Tengok phone. Oh nooo!! Bantu mereka, insyaAllah anda juga dapat pahala. Tak mahu ke?


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,003 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen