Sayang, Awak Nak Masuk Syurga Mana?

 

Daripada Abdul Rahman bin Auf berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seorang isteri itu solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya dan taat setia kepada suaminya, maka di hari kiamat akan dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga melalui pintu syurga mana yang engkau mahu.” [Hadis Riwayat Ahmad]



Bagaimana? Sudah ada plan mahu masuk syurga mana nanti? Syurga Firdaus ke? Syurga Naim, Darussalam? Atau syurga lain. Apapun impian kita memang nak masuk syurga kan? Ruginya hidup lama di dunia, tapi di akhirat dicampakkan ke dalam neraka. Nauzubillah. Jadi, untuk masuk ke dalam syurga, ingat dan amal betul-betul hadis tadi. Caranya? Jom baca selanjutnya.

1. Solat lima waktu.

Solatlah dengan sempurna. Ajak suami dan anak-anak untuk menunaikan solat secara berjemaah. Tunaikan dengan segara, usah melambatkan solat tersebut. Maaf saya katakan, “agak kurang ajar kita dengan Allah, jika kita melakukan hal lain sehingga mengabaikan panggilan Allah.” Tidakkah kita malu dengan Allah sedangkan dia memberi rezeki yang cukup buat kita setiap hari.

2. Berpuasa di bulan Ramadan.

Puasa tahun-tahun sebelum ini bagaimana ya? Sudah sempurna? Sudah habis ganti? Hehehe apapun, kita sempurnakan puasa. Bagaimana nak masuk syurga jika yang ini tidak melepasi standard. Jika perlu membayar fidyah, segeralah membayarnya. Sebab kita tak tahu kita ditarik nyawa bila kan?

3. Memelihara kemaluan.

Untuk menjaga kemaluan, jagalah pandangan terlebih dahulu. Usah sekali melihat perkara yang tidak sepatutnya di media sosial atau dimana-mana sahaja. Hindari diri ke arah perbuatan keji dan peliharalah pakaian sehingga menutup aurat.

4. Taat kepada suami.

Jika ada perkara yang dilarang, hindarilah. Ya. Kadang kita tdiak terlepas dari melakukan kesilapan. Mohonlah keampunan darinya dan tuhannya (Allah) jika berbuat salah. Sejukkan hati mereka agar dia dapat menerima maaf kita segera.



Jika cukup empat hal ini, masuklah mana-mana syurga yang kau impikan wahai wanita.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 332,818 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen