Cara Untuk Dikurniakan Anak. Ikuti Kaedah "DUIT" Ini.

 

Setelah lama berumah tangga, masih lagi belum dikurniakan anak. Ramai yang bertanya “dah ada anak?” kadang-kadang boleh membuat sebuah pasangan itu tertekan dengan soalan ini. Tapi sampai bila kita perlu bersedih apabila tidak diberikan anak?

Bahagia itu bukan pada anak. Tetapi bahagia itu adalah sewaktu kita menikmati masa sekarang. Tetaplah dengan ketaatan kepada Allah. Lalu apa caranya untuk saya bahagia diwaktu sekarang sambil menanti kedatangan cahaya mata kelak? Ikuti langkah ini dengan kaedah “DUIT.”



1. Doa.

“Mintalah padaku, pasti Allah akan kabulkan.” Ini janji Allah kepada kita kerana “Allah itu sangat dekat dengan hambaNya.” Antara kaedah lain yang perlu diusahakan apabila berdoa adalah dengan berdoa pada waktu mustajab. Misalnya sepertiga malam sambil menunaikan solat tahajud, ketika hujan dan ketika bermusafir. Boleh juga kita meminta pertolongan daripada sahabat yang sedang menunaikan umrah atau haji untuk berdoa agar kita dikurniakan anak. Doa yang dianjurkan untuk dibaca dan diamalkan adalah:

رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

“Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”

[Al-Anbiya: 89]


2. Usaha dan Ikhtiar.

Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pandangan dan rawatan dari mereka. Jika ada petua-petua dari sesiapa, boleh juga diamalkan selagi tidak bertentangan dengan syara’.

3. Tawakkal.

Setelah melakukan kedua kaedah diatas, tawakkallah kepada Allah. Kata Allah, “dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.” Yakin.



Jika saya belum juga dikurniakan anak bagaimana? Janji Allah itu pasti. Jika Allah tidak kurniakan kita anak di dunia, pasti Allah mengurniakan kita ganjaran yang hebat di akhirat kelak. Seandainya sewaktu di akhirat nanti kita ditanya, kamu mahu masuk syurga atau kamu mahu aku kurniakan anak sewaktu di dunia? Pasti jawapan kita mahu ke syurga kan?


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen