Kenali Diri Anda Yang Telah Lama Single, Sebelum Melangkah Ke Satu Hubungan Baru.

 

Setelah berpisah dengan kekasih lama, hidup anda pasti terasa kosong. Banyak perkara yang bermain difikiran dan mula membuat anda fikirkan. Namun masih belum terlambat lagi untuk anda perbetulkan kehidupan anda. Mulai kehidupan baru yang bakal memenuhi impian anda pada masa hadapan. Tinggalkan segala kenangan dan mula ketahui kelebihan diri. Ketika anda menjadi single inilah pelbagai perkara yang anda perlu ketahui sebelum memulakan perhubungan baru.



1. Berubah menjadi kuat.

Ketika ini anda akan menjumpai kekuatan diri anda yang sebenar. Anda terpaksa melalui waktu-waktu yang penuh kesakitan dan kelukaan itu bersendirian. Menyebabkan anda perlu bangkit untuk meneruskan kehidupan anda dalam keadaan yang memaksa. Jika dahulu anda seakan-akan orang tidak pasti jika dapat melalui waktu-waktu yang sukar. Kini anda berjaya melalui waktu-waktu yang sukar itu.

2. Mula berdikari sendiri.

Selain itu, anda akan mula menyedari banyak perkara yang anda mampu lalui tanpa bantuan orang lain. Jika selama ini anda sering meminta bantuan dari pasangan anda, kini tidak lagi. Hal ini kerana, anda terpaksa dan tidak ada pilihan lain untuk lakukan. Jadi anda akan mula belajar melakukan semua perkara secara bersendirian. Itu akan menjadikan anda terkejut dengan perbuatan anda sendiri, di samping tidak percaya dengan hasil yang anda lakukan itu.

3. Mempunyai matlamat dalam hidup.

Pada ketika ini anda akan mula memikirkan matlamat hidup anda. Anda ingin meneruskan matlamat hidup anda yang tertangguh. Jika dahulu pasangan anda sering menghalang matlamat anda, kini anda boleh memulakan segala-galanya semula. Hal ini kerana, anda tidak perlu menumpukan masa yang anda untuk satu perhubungan tetapi ia lebih untuk diri sendiri. Apabila anda ingin mengapai matlamat anda, anda mula mencurahkan segala masa dan jiwa anda terhadap perkara itu. Pada ketika itu anda akan mula sedar lebih banyak masa anda tumpukan terhadap perkara itu, semakin menjauh perkara yang menyakitkan itu.



4. Mula membina perancangan hidup dan ibu bapa.

Di samping itu, anda juga mula membina perancangan mengenai kehidupan anda yang akan datang berserta kehidupan ibu bapa anda. Apabila anda tidak terikat dengan apa-apa perhubungan, maka gaya pemikiran anda juga turut berubah. Anda akan mula berfikir apa yang anda perlu lakukan pada hari ini lusa dan seterusnya. Dan tidak ketinggalan anda akan mula berfikir mengenai kedua orang tua anda. Cara anda meluangkan masa bersama mereka. Dan sehinggalah anda akan mula sedar apa yang anda cari dalam satu perhubungan baru pada masa akan datang.

5. Berubah menjadi seorang yang lebih toleransi.

Anda juga turut berubah menjadi seorang yang lebih bertoleransi. Jika dahulu anda akan melayan kerenah orang di sekeliling yang bersifat negatif, kini anda tidak lagi perlu melayan percakapan dan perbuatan negatif mereka. Anda hanya akan memfokuskan diri anda sendiri.

6. Menemui orang yang membuat anda tertarik.

Apabila anda tidak berada dalam satu perhubungan yang lama, anda akan mula melakukan pencarian yang menepati cita rasa anda. Anda akan kerap bertemu dengan pelbagai jenis orang. Dan dari sesetengah mereka anda akan suka dan setengahnya tidak. Dalam proses mengenali pelbagai jenis orang, anda akan mula mengenali diri sendiri dan mula tahu jenis bagaimana orang yang bakal berkongsi hidup bersama anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen