Nak Keluarga Bahagia? Ini Tipsnya.

 

Nak Keluarga Bahagia? Ini Tipsnya.

Setiap pasangan mengimpikan keluarga bahagia. Semua orang mempunyai kekurangan diri. Tetapi dengan kekurangan yang ada pada setiap individu, pasangan itulah yang melengkapi kekurangan tadi. Islam mengajarkan kita cara-cara untuk membina keluarga bahagia dengan:



1. Solat.

Solat adalah tiang agama, jika solat kita masih tidak dijaga dengan sempurna, bagaimana untuk kita membina keluarga yang bahagia. Sangat dianjurkan agar kita menjaga solat berjemaah. Jika mampu untuk menunaikan solat di masjid adalah lebih baik. Sekiranya tidak, jagalah solat di rumah. Solatlah bersama keluarga agar dapat mempereratkan hubungan kekeluargaan.



2. Syukur.

Antara rahsia untuk murah rezeki adalah dengan bersyukur. Apakah kita lupa dengan kata Allah, “jika kamu bersyukur, pasti aku akan tambah.” Jadi, latih diri mulai hari ini. Jadilah orang yang bersyukur.



3. Sabar.

Tentunya dalam menghadapi dugaan rumah tangga, banyak perkara yang perlu ditempuh. Sabar dan istighfarlah kepada Allah. Amalkan juga doa atau istighfar nabi Yunus kita baginda berada di dalam perut ikan paus. Ulang sebanyak yang mungkin doa ini. Doanya adalah:


لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
(Al-Anbiya’: 87)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,527 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen