Suami Atau Isteri Kerja Tidak Mengira Waktu Dan Masa. Adakah Perhubungan Ini Akan Berkekalan?

 

Shift Hours’. Waktu kerja yang amat merisaukan pasangan suami isteri. Bagaimana untuk menjaga anak? Menjaga pakai minum si suami? Menjaga ibu bapa yang semakin tua dan sakit? Sudah la waktu kerja tidak menentu, lokasi bekerja juga jauh daripada rumah. Mental dan fizikal pasangan suami isteri perlu menjadi kuat supaya tidak berlaku perceraian.

Mentaliti masyarakat juga mempengaruhi minda anda untuk mengenali si dia terlebih dahulu dan memilih pasangan yang mempunyai kerja yang stabil. Walhal, jika memikirkan dengan jangka masa yang panjang kita tidak tahu  apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kita hanya merancang, tetapi Allah swt yang menentukan takdir dan segalanya.



Namun kita mempunyai pilihan untuk memilih jalan yang terbaik. Berusaha dan bertawakal itu yang penting. Sebagai insan biasa, kita tidak akan menjangka apa yang akan berlaku pada diri kita, berusaha untuk bersedia apa jua rintangan yang di hadapi itu adalah harus. Jika kita sering mendengar, “Buatlah persediaan untuk bertemu dengan ajal, tak kan kita hendak mati dengan sia-sia”.

Tetapi apa pula persediaan untuk berumah tangga bagi yang mempunyai pasangan bekerja tidak kira waktu dan masa?

1. Persediaan mental.

Seperti yang dinyatakan di atas, sebelum berkahwin pasangan sudah tentu mempunyai pekerjaan yang stabil, tetapi akhirnya sesuatu yang di luar jangkaan, si dia terpaksa bekerja pada waktu malam pula. Set kan minda dan nawaitu perkahwinan untuk jangka masa yang lama malah bahagia sehingga ke syurga. Jika niat untuk berkahwin semata-mata untuk mengelakkan maksiat dan menjadi halal, khuatir matlamat anda tidak tercapai.


Perkahwinan bukan setakat bahagia di jinjang pelamin, tetapi perlu dengan keredhaan Allah swt. Mencari rezeki kerana Allah. Berkahwin kerana Allah. Mendapat zuriat kerana Allah. Kerana lahirnya kita di dunia adalah amanah Allah kepada kita untuk dijaga sebaik mungkin.

2. Persediaan Fizikal.

Sementara dikurniakan tubuh badan yang sihat, kita perlu mencari rezeki yang halal untuk peroleh keberkatan hidup. Simpan wang ringgit untuk masa hadapan yang berkemungkinan anak cucu anda akan mengalami kesukaran, jika bukan kita yang mengalaminya sekarang. Lakukan perniagaan secara kecil-kecilan untuk dijadikan pendapatan sampingan.

Insya Allah, perkahwinan anda akan dipermudahkan dan berkekalan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,844 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen