Empat Perkara Yang Menyeronokkan Apabila Bercinta Dengan Wanita Kasar.

 

Rata-rata lelaki gemar bercinta dengan wanita yang manja dan lembut. Hal ini kerana, sudah menjadi kebiasaan lelaki akan lebih memintai wanita yang manja dan lembut. Mereka yang manja dan lembut ini juga dikatakan lebih menarik perhatian berbanding dengan mereka yang kasar. Tapi, wanita yang kasar ini mempunyai kelebihan tersendiri ye! Mereka ini lebih mudah untuk dijaga berbanding wanita yang manja dan lembut ini. Tapi betul ke?



1. Berdikari.

Mereka ini dikatakan lebih bergantung pada diri mereka sendiri. Macam lebih suka berdikari. Jadi setiap perkara mereka ini akan melakukan secara bersendirian tanpa meminta tolong pasangannya. Jadi tidak adalah kes nak mengongkong 24 jam ini. Tapi itu tidak bermakna mereka ini mampu melakukan semua perkara ye.

2. Tidak cemburu buta.

Selain itu juga, mereka ini agak kurang rasa cemburunya. Tapi bukan tiada ada rasa cemburu, cuma mereka ini bukan sejenis yang cemburu buta. Iaitu suka menuduh tanpa usul periksa, sudah tentulah bukan mereka ini. Jadi mereka ini lebih mudah untuk anda kendalikan. Hanya perlu jujur dan pasti mereka ini akan memahami anda.



3. Jujur.

Di samping itu juga, mereka ini adalah seorang yang jujur. Bukan cakap lepas ye, tetapi lebih kepada jujur. Jika dia tidak suka anda lakukan sesuatu perkara, mereka ini akan berterus terang sahaja. Tidak adalah kes merajuk berminggu-minggu itu. Jadi anda lebih mudah untuk tahu apa yang si dia suka atau tidak. Tanpa ada sedikit pun kata-kata kiasan. Ha, mudahkan?

4. Pandai menjaga diri sendiri.

Tidak lupa juga, mereka ini pandai menjaga diri mereka ini. Jadi anda tidak perlu risau jika pasangan anda ini pergi ke mana-mana sahaja tanpa ditemani anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah call sahaja apabila tiba waktu yang sesuai untuk mengetahui keadaannya, selamat atau sebaliknya. Tidak perlulah anda membawanya ke tempat yang perlu di tujui itu. Lebih mudah bukan?

Namun, dalam sifat kasar yang mereka anda ini juga, janganlah dilupa bahawa mereka ini juga seorang perempuan. Yang ingin dimanja oleh insan yang mereka sayang. Cuma mereka ini lebih mudah dijaga dan dikendalikan berbanding yang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,864 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen