Cabaran Apabila Baru Berumah Tangga Dan Cara Menanganinya.

 

Dalam perkahwinan, bukan cerita indah sahaja akan yang didengari. Ada juga ujian-ujian yang perlu ditempuh untuk mematangkan usia perkahwinan tersebut. Rencah masam dan manis itu perlu diadun dengan sebati, agar perkahwinan itu menjadi bertambah indah. Saat masing-masing sudah tua, kepayahan itulah menjadi sangat manis dalam kehidupan.



1. Ekonomi tidak stabil.

Normal bagi mana-mana pasangan, kehidupan diawal perkahwinan semestinya sedikit perit. Kewangan yang belum stabil sewaktu itu menyebabkan sebuah pasangan perlu melakukan inisiatif lain dalam menampung perbelanjaan. Suami perlu bekerja lebih keras lagi, isteri pula disaran untuk membantu menambah pendapatan isi rumah.

2. Mengenali pasangan.

Antara perkara yang perlu ditempuh adalah, karekter suami isteri yang berbeza. Ada yang garang, lembut, tegas. Jadi, sewaktu ini perlulah ada persefahaman antara kedua-dua pihak. Bercinta lama sebelum kahwin tidak menjamin seseorang itu sangat mengenali pasangan. Boleh jadi selama ini pasangan tidak menunjukkan dirinya yang sebenar di hadapan pasangan.

3. Mengutamakan keluarga sendiri.

Keluarga adalah kekuatan bagi setiap manusia. Tetapi setelah bernikah, setiap pasangan haruslah mengenali keluarga pasangan masing-masing agar pertalian antara dua keluarga lebih rapat. Suami dan isteri harus bekerjasama dalam usaha mengenali keluarga. Rasakan keluarga pasangan adalah keluarga sendiri. Seringlah berkunjung ke rumah saudara mara, pergi kenduri mereka dan raikan perayaan bersama-sama. Kedua-dua pihak harus adil dalam membuat keputusan.



Dengan mengenali cabaran ini, diharapkan setiap pasangan dapat menempuh ujian ini dengan sebaik mungkin. Banyakkan memohon kepada Allah agar diberikan sifat sabar dalam menjalani cabaran baru ini.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen