Rezeki Melimpah Ruah VS Rezeki Sempit, Di Mana Silapnya?

 

Dalam perhubungan rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Sekejap akan berlaku sedikit pergolakan dan sekejap lagi anda dan keluarga akan berdamai. Namun, jangan sehingga anda kehilangan rezeki ataupun rezeki anda menjadi sempit kerana tidak menjaga mereka dengan sebetulnya. Hal ini kerana, setiap apa yang berlaku di dalam rumah, akan menjadi punca rezeki anda. Mari elakkan beberapa perkara agar keluarga anda sentiasa dimurahkan rezeki sentiasa.



1. Sering bergaduh.

Janganlah kerap bergaduh dalam rumah tangga, terutama jika ia melibatkan duit. Hal ini kerana ia melibatkan rezeki anda dan keluarga. Jika terdapat kekeliruan dan masalah cuba untuk mencari jalan penyelesaian mengikut kesefahaman anda dan pasangan. Jadi jangan sampai pasangan kita dan kita sendiri tidak redha antara satu sama lain, ia akan menyebabkan rezeki kita disekat.

2. Kedekut.

Jangan terlalu berkira dari segi wang terhadap anak-anak dan pasangan. Perlu ada perkongsian rezeki anda bersama mereka ini. Sebagai contoh membawa mereka makan di luar. Hal ini kerana, kegembiraan mereka ini akan menjadi punca rezeki anda.

3. Merasa anak-anak sebagai beban.

Di samping itu, jangan merasakan anak-anak ini sebagai beban. Hal ini kerana, mereka ini adalah amanah yang diberikan Allah kepada anda untuk menjaganya. Hiburkan hatinya dan usahakan sedikit rezeki tanpa merunggut. InsyaAllah, rezeki anda pada keesokannya akan lancar dan mudah.



4. Tidak mengawal emosi.

Penggunaan nada terhadap anak-anak, suami atau pun isteri adalah amat penting. Jangan meninggi suara dan janganlah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mereka ini. Hal ini akan menyebabkan kerenggangan antara ahli keluarga. Gunakan emosi yang lebih mesra agar hubungan kekeluargaan lebih erat.

5. Kurang berdoa.

Sentiasa mengingati keluarga anda dalam doa mahupun sepanjang hari. Berdoalah untuk suami, isteri dan anak-anak kepada sang pencipta agar diberi keselamatan yang baik serta dimurahkan rezeki. Hal ini kerana, kuasa doa itu adalah luar biasanya.

6. Kurang bersabar.

Sentiasa bersabar untuk menghadapi kerenah si suami, isteri dan anak-anak. Walaupun mereka ini sedikit menguji kesabaran anda dengan melakukan perkara yang anda tidak gemari. Cuba memberi menasihati mereka jika mereka melakukan kesalahan. Di samping mencari kesefahaman di antara ahli keluarga.


Semoga enam perkara ini anda mampu elakkan daripada berlaku di dalam keluarga anda. Semoga rezeki yang diperolehi anda sentiasa dalam keberkatannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen