Wanita Educated Tetapi Hanya Menjadi Suri Rumah? Jangan Memperkecilkan Mereka!

 

“Belajar tinggi-tinggi, tapi nanti dah kahwin masuk dapur juga masak untuk suami!”


Kini, mentaliti masyarakat kita sangat menjengkelkan. Tidak kira apa status anda, mereka bebas bersuara apa sahaja. Dengan ekonomi zaman sekarang, ramai golongan lepasan ijazah dan master mengalami kesukaran untuk mencari kerja.



Apabila lepasan ijazah buntu untuk mencari kerja, mereka sedaya upaya untuk sambung belajar kerana tidak mahu membazir masa. Apabila mempunyai tahap pelajaran yang tinggi, ekonomi pula yang menyukarkan mereka untuk mencari rezeki dan membalas jasa kedua ibu bapa.

Tahap pelajaran seseorang yang akan membezakan mentaliti masyarakat. Mereka menjadi suri rumah, tetapi mereka mempunyai ilmu  dan lebih arif tentang dunia.Sebahagian daripada mereka, mungkin telah melanjutkan pelajaran di luar negara, dan ia telah membuatkan mereka lebih mengenali orang ramai untuk berhati-hati.

Tidak perlu memperkecilkan mereka, kerana mereka lebih mengetahui untuk menguruskan rumah tangga dari segi kewangan malah dari segi ‘parenting’. Mentaliti masyarakat juga, mengatakan jangan masuk campur urusan orang yang telah berumah tangga jika anda masih belum berkahwin. Jangan lupa, wanita berpelajaran adalah seorang pemerhati yang hebat.


Walaupun mereka belum mengalami proses perkahwinan itu sendiri, sudah cukup mereka mengetahui pengalaman daripada ibu bapa dan adik beradik mereka. Didikan ibu bapa juga, mampu membuatkan mereka bijak untuk menguruskan hal rumah tangga. Malah hanya memerhati masyarakat pun mereka boleh mempelajari sesuatu. Untuk mempraktikkan kaedah berkeluarga, sudah tentu mereka belajar untuk bertemu dengan orang-orang yang sudah berkeluarga selain membaca buku.

Selain daripada itu, wanita berpelajaran tinggi lebih kreatif. Dari segi memasak, mahu pun ‘parenting’, mereka juga mampu untuk menguruskan kewangan hanya dengan ‘business online’. Kreatif untuk mencipta sesuatu barangan yang boleh menjana keuntungan hanya melalui ‘online’ sahaja. Skill menggunakan komputer dan mahir menggunakan lebih daripada dua bahasa cukup untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka mampu hidup hanya dengan menjadi suri rumah.

Berjaya menjana 'income' daripada rumah di samping menguruskan keluarga dalam masa yang serentak, memerlukan stamina dan tenaga yang tinggi. Jangan memperkecilkan mereka!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,730 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen