Lelaki Yang Menghormati Ibunya, Dia Juga Akan Menghormati Anda.

 

Seorang lelaki yang mengasihi ibunya, dia tahu akan cara untuk menjaga perasaan anda. Jika kita mempunyai suatu keperluan, dia sentiasa akan memenuhinya. Dia lebih suka mengembirakan kita, mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kita asal dia tahu apakah peraturan tersebut. Tapi, sekiranya kita lihat seorang lelaki itu manja bersama ibunya, tetapkanlah peraturan, tetapi janganlah sehingga dia tidak menghormati ibunya. Kita juga yang berdosa nanti.



Antara perkara yang perlu ditekankan kepada lelaki ini adalah tanggungjawabnya terhadap keluarga sendiri kerana dia adalah pemimpin dalam keluarga tersebut. Dalam Islam, Allah menetapkan keutamaan dalam memberikan nafkah. Setelah nafkah akan dirinya, dia perlu memberikan nafkah kepada keluarga terlebih dahulu, setelah itu barulah kepada bapa lelaki tersebut, kemudian ibu dia dan lain-lain keutamaan yang perlu diteliti lagi.



Cara untuk menguruskan lelaki ‘anak emak’ adalah dengan memberitahu keperluan kepadanya. katakanlah secara jujur kepadanya. Usah dipendam. Kerana orang lelaki tidak pandai untuk membaca fikiran orang lain. Mereka tidak mengagak apa yang wanita mahukan. Jadi, jelaskan.



Lelaki yang mencintaimu akan mencari jalan bagaimana untuk menyenangkan hati ibunya dengan membahagiakan wanita yang dicintai. Dia akan mengurusakan kedua-dua orang yang dikasihi agar keduanya bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,541 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen