Terlalu Murung Kerana Lambat Bertemu Jodoh, Yakin Pada Hikmah Allah s.w.t!

 

Kenapa kita terlalu risau, lambatnya bertemu dengan jodoh? Kenapa kita terlalu kesunyian ketika tiadanya pasangan untuk bercinta? Kenapa kita terlalu memikirkan hal jodoh sehingga menjadi terlalu murung?



Kerana kita hanya manusia biasa, dan dalam kita tak sedar, kesunyian dalam diri telah mempengaruhi minda kita. Keyakinan menjadi sangat tipis dan aktiviti harian menjadi acuh tak acuh dan endah tak endah kerana terlalu memikirkan hal jodoh.

Berlainan insan, lain juga jalan cerita frasa hidupnya. Tidak perlu membandingkan hidup anda dengan insan lain yang lebih bernasib baik, kerana cabaran hidup yang dilalui sangat berbeza. Sebagai Umat Islam, Allah swt itu tidak kejam membiarkan anda terkontang kanting menghadapi cabaran hidup keseorangan. Yakin pada hikmah-Nya.


Apakah hikmah yang anda akan alami sepanjang sebelum bertemunya jodoh?

1. Dapatnya anda peluang untuk membalas jasa kepada kedua ibu bapa!

Ketika insan lain telah kehilangan kedua ibu bapa mereka, dan tiada kewujudan adik beradik, anda masih mempunyai ahli keluarga yang cukup sempurna. Tiada insan kurang upaya, tidak mempunyai penyakit yang boleh membawa maut. Anda patut bersyukur mempunyai mereka dalam hidup, jaga lah mereka sebaik mungkin.


2. Untuk mengawal kemarahan dan emosi anda!

Setiap manusia mempunyai sifat dan sikap yang berbeza. Jika masyarakat mempersoalkan kepada anda kenapa belum bertemu jodoh bertalu-talu? Tetapi reaksi anda hanya mampu melenting dan marah sehingga sanggup update status di sosial media? Adakah anda yakin boleh menjaga keluarga pada masa hadapan dengan sikap anda begitu? Tolong muhasabah diri!

3. Berkhidmat pada masyarakat!

Jika anda tidak punyai sesiapa, seperti kedua ibu bapa atau ahli keluarga yang lain, tetapi telah mempunyai harta yang cukup untuk melamar seseorang. Kenapa masih lambat bertemu jodoh? Kerana anda pentingkan diri sendiri, sehingga anda tidak sedar insan sekeliling memerlukan khidmat anda. Jangan lupa bersedekah kepada yang kurang mampu, malah jika ternampak kucing liar kelaparan berikan mereka makanan. Binatang juga mampu berdoa kepada Allah swt untuk dikurniakan rezeki pada anda.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,838 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen