Hakikat Dalam Pencarian Sebuah Cinta…

 

Setiap daripada kita akan melalui pelbagai fasa dalam kehidupan. Sama ada melalui dengan penuh ketenangan ataupun penuh dengan kesakitan. Namun di dalam alam percintaan, anda juga akan mengalami beberapa fasa untuk mendapatkan satu hubungan yang halal. Satu hubungan yang membuktikan dia adalah pasangan yang anda cari selama ini. Sebelum menemui perhubungan itu, anda akan melalui liku-liku percintaan yang menjadikan pengajaran buat anda.



Cinta yang pertama.


Cinta yang biasanya berlaku pada usia muda remaja. Ia seperti cinta monyet yang berlaku di alam persekolahan. Di mana anda akan melakukan perkara bodoh tapi anda cepat tersedar daripada perkara itu. Apabila anda meningkat dewasa, anda akan mula mengimbas kembali kenangan lalu dan menyedari bahawa itu sebenarnya bukan cinta. Tetapi sebenarnya ia cinta, cinta yang mengajar untuk mendapatkan cinta yang lebih hebat daripada anda rasai sekarang.

Cinta yang kedua.

Pada kali ini anda akan lalui cinta yang sukar, di mana anda akan merasa terluka dan melukai. Cinta ini menjadikan anda seorang yang kuat serta memberi pengajaran dalam hidup anda. Dalam perhubungan ini, anda akan belajar mengenai pengkhianatan, kecurangan dan kesakitan. Tetapi dalam masa ini anda mampu bangkit. Dalam cinta kali ini, anda dapat mengetahui apa yang anda suka mengenai cinta dan apa yang tidak. Pada ketika ini juga anda tahu membezakan mana orang yang baik dan mana yang tidak. Ini akan membuat anda lebih berhati-hati dalam membuat pencarian dan akan mempertimbangkannya dahulu sebelum melangkah ke satu hubungan.



Cinta yang ketiga.

Cinta yang kali ini dia datang secara senyap dan tiba-tiba. Anda tidak tahu bila ia sudah di depan mata. Anda tidak mencarinya tapi cinta itu datang dengan sendirinya. Anda merasai mengambil berat terhadap seseorang tanpa mencubanya. Dia tidak kelihatan seperti lelaki idaman atau wanita idaman anda tetapi anda tidak mampu mengalihkan pandangan anda daripadanya. Anda akan melihat kekurangannya sebagai kesempurnaan bagi anda. Anda tidak sembunyikan apa-apa daripadanya. Sehingga satu ketika anda terasa ingin berkahwin dengannya dan mempunyai keluarga dengannya. Pada ketika itu, anda benar-benar telah jatuh cinta kepadanya.

Tiga fasa ini tidak berlaku pada setiap orang, namun ada di antara anda akan melalui dan merasai setiap fasa ini. Jadi terus bangkit dan kuat dalam meneruskan pencarian jodoh anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,403 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen