Ketika Dilukai, Berdoalah Agar Allah Menggantikan Seseorang Yang Lebih Baik.

 

Ya. Memang pedih dan sedih apabila kita dilukai. Kita berusaha sungguh-sungguh agar pertalian yang diikat dapat diperkuat kelak, tetapi akhirnya putus jua. Tidak mengapa. Anggap sajalah kita tiada jodoh dengan si dia. Apapun, berdoalah kepada Allah agar Allah gantikan dia dengan seseorang yang lebih baik. Mudah-mudahan. Kita perlu berfikiran positif. Teruskan hidup kearah yang lebih baik. Antara hikmah Allah menguji kita dengan ujian sebegini agar:



1. Lebih dekat dengan pencipta.

Ketika kita sedih, kepada siapa kita mengadu? Jika selama ini kita banyak mengadu masalah kepada sahabat, selepas ini cubalah dekatkan diri kita dengan Allah. Kerana dia yang memberikan ujian kepada kita, dia jualah yang mahu kita adukan ujian itu kepada dia. Sebenarnya Allah rindu mendengar rintihan kita. Maka, banyakkan berdoa dan merintih kepada Allah.

2. Bertaubat kepadanya.

Allah menguji kita pasti ada sebab. Think positive. Mungkin sebelum ini apabila kita bersama si dia, kita banyak lalai dalam melakukan suruhan Allah. Maka Allah uji, untuk tarik kita ke arah kebaikan. Jadi, bersyukurlah.

3. Menjadikan diri lebih matang.

Setelah dikecewakan, sebenarnya diri kita akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Betul bukan?

4. Tidak akan mengecewakan orang lain.

Orang baik adalah orang yang apabila ditimpa ujian sebegini, dia tidak akan melakukan hal yang sama kepada orang lain. Kerana dia sudah tahu betapa pedihnya saat disakiti.

5. Mendidik diri supaya sabar.

Pahala buat anda, orang yang bersabar. Sedih lagi? Ingat saja pahala tu. InsyaAllah ia boleh merawat hati yang duka.

6. Menggugurkan dosa.

Ketika ini, senyumlah. Jadilah orang yang lebih baik dari sebelumnya.

7. Kegembiraan setelah diberi musibah.

Bukanlah Allah telah katakan kepada kita, setiap kesukaran pasti ada kemudahan. Mana tahu lepas ni Allah ganti dengan orang lagi bagus dari sebelumnya.



So, smile!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,251 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen