Tips Menawan Calon Mertua Ketika Masih Belajar Di Universiti.

 

Tips ini untuk korang yang betul-betul mahu bernikah atas dasar tanggungjawab dan sayang kepada si dia. Yang nak main-main, maaf sangat-sangat, penulis tidak dapat nak bantu. Ketika belajar dulu, ramai kawan-kawan penulis yang sudah berumahtangga. Sekarang, sudah mempunyai beberapa orang cahaya mata. Alhamdulillah. Antara penulis dapat curi-curi dengar dari perbualan mereka, ini hasilnya. Hehehe



1. Duit simpanan. Ini hal terpenting. Macam mana kau nak meneruskan tips ni kalau kau tak lepas nombor satu. Kalau tak ada juga, ambillah kerja part time, tapi pelajaran jangan pula kau abaikan. Ingat betul-betul tang ni. Sia-sia je penulis karang tips ni, kau tak dapat teruskan belajar pula. Huh kecewalah aku. Hehehe Apapun, kerja part time tu, kau kena pastikan kau kerja sampai kau habis belajar. Jangan on off pula. 

2. Beritahu mak ayah. Antara mak dengan ayah, mana lebih kau selesa? Beritahu hasrat kau kepada mereka. Terang elok-elok kenapa kau nak bernikah dengan si dia. Kalau soalan mereka bertalu-talu, jawab dengan tenang tanpa emosi. Kalau kau memang anak yang baik, kemungkinan besar bab ni kau lepas. Maka, sujud syukurlah kau.

3. Dah berkenan, cop terus. Buat apa tunggu lama-lama, nanti kena kebas dengan orang tak tahu. Datang berjumpa dengan mereka tanda kau bersungguh mahukan si dia. Bawa sekali mak ayah kau untuk mereka yakin bahawa kau memang mempunyai niat yang baik untuk mengahwini anak mereka. Sama juga macam tadi, sahih, mesti ada soalan bertalu-talu dari mereka. Jadi apa yang perlu kau buat, jawab dengan tenang. Sebelum kau datang rumah mereka, kau agak-agaklah apa soalan mereka nak tanya. Ada ke duit hantaran? Macam mana nak sara anak dia? dan apa saja soalan yang kau rasa memang patut mereka tanya.

4. Dah lepas ke tiga, okay, next. Bincanglah dengan mereka hal-hal perkahwinan kau. Ataupun nak tunang dulu ke.

5. Okay. Buatlah persiapan pernikahan. Buat simple-simple sudahlah. Asal kau dan pasangan bahagia nanti.

6. Apa lagi, kahwinlah. Senyumlah tu!



Huh. Aku pula berdebar kongsi tips dengan adik-adik ni. Korang jangan main-main tau bab ni. Nikah ni bukan senang. Banyak dugaannya. Kalau rasa tak sanggup lagi, tangguh saja dulu. Habiskan belajar elok-elok, nanti kau nikah dengan si dia. kalau tak nak dia tinggalkan kau, tunang saja dulu.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,045 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen