Suami, Sila Hargai Pengorbanan Isteri. Wang Ringgit Punca Utama Perbalahan Suami Isteri!

 

Sering kita mendengar kata-kata masyarakat, jika si suami ingin bahagia, hidup dengan lebih tenang dan berjaya, mereka perlu gembirakan isteri mereka terdahulu. Si isteri juga senang jatuh nusyuz jika si suami tidak redha dengan perbuatannya. ‘Give and take’ yang bermaksud bertolak ansur antara satu sama lain. Penceraian yang berlaku pada zaman sekarang atas sebab-sebab yang tak munasabah, kerana tiada nya ‘give and take’.



Tidak dinafikan, wanita zaman sekarang bekerjaya dan mempunyai gaji yang lebih tinggi daripada lelaki. Sekiranya semasa akad nikah anda sanggup untuk sehidup semati, susah bersama, gembira bersama. Mengapa selepas perkahwinan beberapa bulan anda tidak sanggup untuk tinggal bersamanya, kerana kewangan yang tidak cukup? Mana janji-janji manismu dahulu?

Lelaki perlu sedar, syurga si isteri di bawah tapak kaki anda. Mereka sanggup berkahwin dengan anda dan tidak duduk sebumbung dengan ibunya lagi yang kita tahu syurganya sebelum ini di bawah tapak kaki ibu. Mereka sedaya upaya menjaga makan minum anda, mencari rezeki, tetapi anda hanya tahu untuk merungut dan merengus. Sebagai lelaki yang rasional, cuba untuk mencari solusi dan tidak hilang sabar.


Walaupun anda mempunyai gaji yang sedikit, anda tidak patut berkira dengan isteri sendiri. Jika tidak mampu memberi dari segi wang ringgit, tidak salah anda untuk cuba tips di bawah ini.

1. Memasak makanan kegemarannya.

2. Membasuh pinggan setelah selesai makan untuk meringankan bebanannya.

3. Apabila si isteri melipat baju, tiada salah untuk anda menolongnya atau sambil mengurut bahunya sedikit.

4. Menjadi ‘driver’ si isteri. Sila drive kereta di mana sahaja isteri anda mahu pergi kerana fikiran isteri terlalu kompleks dan serabut memikirkan hal rumah tangga, khuatir mereka tidak fokus untuk memandu.

5. Pada hujung minggu, anda boleh membawa si isteri pergi beriadah atau bersenam. Cuba anda membawa si dia untuk mendaki atau aktiviti yang lebih mencabar. Dengan senaman yang teratur, saluran darah menjadi semakin lancar, anda dan pasangan menjadi bahagia dan hubungan semakin erat.

6. Memberi kata-kata semangat dan positif daripada melontarkan kata-kata negatif cukup untuk membuatkan isteri anda bahagia.

Selamat Hari Wanita dan Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen