Kalau Sayang, Jaga Wanita Itu.

 

Jika dilihat pada hari ini, banyak kes-kes berlaku tentang “tangkap basah” misalnya. Hal sebegini semakin lama, semakin menjadi-jadi. Sungguh merisaukan. Di Malaysia, paling banyak kes masalah sosial adalah terdiri daripada masyarakat Islam. Kenapa boleh berlaku hal demikian ya? Kalau sayang wanita itu, jagalah dia. Pesan ini ditujukan buat lelaki yang berada di luar sana. Baik. Kenapa seorang lelaki perlu jaga seorang wanita yang belum dinikahi? Jom teruskan bacaan.



1. Apa perasaan kita jika keluarga kita sendiri diperkosa oleh orang lain?

Marah kan? Begitu jualah keluarga wanita yang telah dirosakkan. Seorang lelaki perlu mempunyai sifat kepimpinan. Perlu menjaga ahli keluarga dengan baik. Sebagaimana yang diketahui, jika salah seorang perempuan dari ahli keluarga kita terjerumus dengan perkara mungkar, maka orang lelaki dalam keluarga tersebut akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tak kira ayah, abang atau adik. Yang wanita pula, tidak kesiankah dengan mereka? Sebab kita, mereka akan dicampakkan ke dalam neraka. Kita sayang keluarga kan?

2. Tanda anda menghormatinya.

Sebab itulah dalam agama Islam seorang lelaki tidak dibenarkan menyentuh seorang wanita yang belum dinikahi. Kerana wanita ini terlalu exclusive. Nanti kalau sudah dinikahi, barulah lelaki halal buat seorang wanita. Cantik Islam tu kan? Si dia hanya untuk kau saja.

3. Islam memberikan jalan untuk menjaga dia.

Kalau sayang, nikahi dia sebaik mungkin. Jika tidak mampu lagi, bertunanglah dahulu dengan si dia. Jaga tingkah laku ketika bertunang. Diulangi, jaga dia. Tunjukkan kepada keluarganya bahawa anda bersungguh-sungguh untuk bersamanya. Kerja pun biar betul-betul. Tanggungjawab besar nak jaga anak orang tu.



Sayang dia, jaga elok-elok. Usah mempermainkan perasaan dengan ayat-ayat cinta, kemudian merosakkannya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,011 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen