Tambah Pahala Di Bulan Ramadhan.

 

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang Allah S.W.T melipat kali gandakan pahala buat mereka yang melakukan segala kebaikan sama ada kecil mahu pun besar. Setiap saat kita lakukan kebaikan, Allah ganjarkan pahala. Sebab itu ia dipanggil pesta ibadah. Apa yang lebih menarik lagi, ia akan menjadi lebih berlipat kali ganda bila ia dilakukan secara berjemaah atau berpasangan. Bagi mereka yang sudah berkahwin, Islam amat menggalakkan agar mereka melakukan sebanyak ibadah yang boleh bersama pasangan dan ahli keluarga. Dan sebenarnya, bulan Ramadhan adalah bulan di mana pasangan suami isteri mampu meluangkan masa berkualiti bersama. Ada tiga ruang masa yang boleh diluangkan bersama pasangan masing-masing iaitu, waktu sahur, waktu berbuka dan di sebelah malamnya waktu beribadah bersama.



Pada waktu sahur dan berbuka, suami isteri mengambil kesempatan untuk menjamah atau makan bersama. Isteri melayan suami dengan menghidangkan makanan begitu juga dengan suami membantu isteri di dapur dan menyediakan makanan. Manakala pada sebelah malam pula, pasangan suami isteri boleh ke masjid bersama-sama, untuk menunaikan solat tarawih dan ibadah-ibadah yang lain. Selepas pulang dari masjid pula, pasangan suami isteri boleh bertadarus Al-Quran bersama-sama. Lihat bagaimana hebatnya bulan Ramadhan mampu memberikan banyak manfaat kepada mereka yang telah berumah tangga. Bukan sahaja mampu mengejar pahala sebanyak mungkin, namun ia memberikan ruang dan peluang untuk pasangan suami isteri meluangkan masa berkualiti.



Oleh itu, apa kata anda memperindahkan lagi hubungan suami isteri dalam bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Jadikan ia sebagai satu bulan untuk menambah mana yang kurang, memperbaiki mana yang rosak. Dan dengan ini, ia mampu meningkat rasa kasih dan sayang sesama pasangan. Insya-Allah. Mulakan Ramadaan kali ini dengan usaha ke arah kebaikan dan semoga ia membawa sejuta kebaikan bagi kita bersama.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,600 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen