Suami Ku, Ahli Muzik! Ciri-Ciri Karektor Mereka Yang Wanita Perlu Tahu!

 

Jodoh itu bukan setakat tidak mengenal usia, malah tidak mengenal rupa. Setiap insan mempunyai hajat yang berbeza. Jika semua dikalangan kita memiliki pekerjaan yang sama, sudah tentu hidup kita bosan tiada hiburan dikala masa lapang. Tetapi jangan pula sampai alpa. Benarkah jika jodoh kita dikalangan orang-orang yang kreatif seperti ahli muzik, hidup kita sentiasa di alunkan dengan lagu cinta? Setiap malam si suami akan menulis bait-bait lirik lagu yang sangat puitis sehingga terbuai si isteri.



Ciri-ciri si suami, ahli muzik.

1. Jangan lupa, berdakwah juga boleh melalui lagu. Kadang kala, si isteri degil tidak mendengar kata, maka si suami mencuba kaedah lain daripada yang lain untuk menasihati si isteri. Mana tahu, dengan cara ini hati wanita mudah cair.

2. Kata-kata hikmah daripada mereka lebih kreatif dan menusuk kalbu.

3. Apabila anda bosan, anda juga boleh mencuba untuk belajar pelbagai alat muzik di rumah tanpa henti.


4. Anak-anak juga mempunyai pengalaman yang lebih luas tentang muzik dan lebih kreatif. Malah perkembangan otak bergerak dengan aktif dan mereka menjadi cepat belajar sesuatu perkara.

5. Kadang kala ahli muzik ini, orangnya sangat romantik kerana mereka sentiasa mempunya kata-kata yang puitis. Idaman setiap wanita jika si suami pandai bermain gitar.

6. Corak hidup anda berubah-ubah mengikut mood si suami kerana mood mereka sentiasa dipengaruhi dengan keadaan sekeliling. Awas, jika mereka sedang amarah! Anda perlu bijak untuk bertolak ansur dan menanganinya.

7. Jiwa mereka nampak tenang, tetapi mereka mudah tersentuh dan sensitif orangnya. Sentimental value mereka sangat tinggi. Jangan memperlekehkan jika mereka amat menggemari sesuatu yang nampak kecil dan remeh.

8. Wahh, untungnya jika nama dan personaliti anda sering menjadi bait lirik lagunya!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,539 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen