Si Dia Jarang Menghubungi Dan Kerap Lambat Untuk Berjumpa? Adakah Itu Tanda-Tanda Si Dia Sudah Bosan Dengan Anda?

 

Bila sudah lama bercinta, pasti segala kekurangan telah diketahui. Macam orang selalu kata, makin banyak kekurangan kita yang dia nampak, makin cepat dia akan berlalu. Itu, kalau orang tak boleh terima kekurangan kita. Tapi macam mana kalau orang yang dah muak dan bosan dengan kita? Tapi kita tak sedar pun semua itu. Sebab kita tulus mencintainya.

Tetapi, terdapat tanda-tanda yang kita boleh tahu jika kekasih kita ini sudah bosan dengan kita. Tanda-tanda yang mudah dan ketara sangatlah. Awas! Kalau-kalau kekasih anda miliki ciri ini.



Yang pertama anda boleh lihat ialah si dia semakin tidak kisah dengan anda. Dia lebih mementingkan perkara lain daripada anda. Contohnya, kerjayanya ke atau kawan-kawannya. Kalau anda sakit pun, dia hanya bertanya khabar sahaja. Selain itu, kalau kita mula bercerita dia hanya mengiyakan sahaja. Tapi bila tipa-tiba dia menyuruh kita ke tepi kerana menghalang dia melakukan kerja. Ha! Sudah pasti dia sudah muak dengan anda.

Selain itu juga, anda boleh lihat jika dahulu di awal percintaan, boleh dikatakan on time dia datang. Tapi sekarang mahu setengah jam pun paling awal itu. Sudah parah! Tapi bila anda dalam kesusahan pun dia masih lambat dan mementingkan yang lain. Memang sudah terbuktilah kan, apa lagi.



Bila anda keluar bersama rakan-rakan pergi bercuti ataupun melepak. Si dia langsung tidak menghubungi anda untuk menanyakan tentang keberadaan anda. Apa yang di tahu bila anda menghubunginya ketika anda sudah pulang. Jika dahulu, boleh dikatakan setiap jam akan menanyakan di mana anda berada, sedang lakukan apa. Kini semuanya telah tiada. Tinggal anda sahaja yang beria-ria menghubunginya.

Part ini sudah pasti ramai yang akan perasaan. Yelah, dahulu kita kenal dia, dia seorang yang kelakar. Tapi makin lama, kelakarnya telah hilang. Mukanya pun apabila bertemu dengan kita sudah tiada senyum dan seri. Aik, tak akan anda tidak perasan lagi yang pasangan anda telah muak dengan anda.

Tapi apa yang anda boleh lakukan? Cuba cari sesuatu yang baru untuk menarik hati pasangan anda semula. Jangan biarkan dia merasa bosan dengan anda. Tak akan sudah bercinta lama-lama nak biarkan macam itu. Cubalah selamatkannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,586 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen