“Misi Mencari Suami.” Calon Bagaimana Yang Perlu Dipilih?

 

“Peninglah. Pasangan bagaimana yang perlu aku ambil sebagai suami ya? Ini tak kena, itu tak kena. Salah pilih, merana pula nanti.” Pemilihan calon pasangan adalah sangat penting untuk menentukan kehidupan selepas membina bahtera rumah tangga. Berikut kami kongsikan ciri-ciri calon pasangan yang perlu anda ambil sebagai pasangan hidup.



1. Agama.

Jika calon itu mempunyai agama yang baik, silakan ambil. Lihat bagaimana dia mengamalkan agama. Jika bangun solat subuh pun tak mampu, macam mana nak pimpin keluarga nanti ya? Di malaysia, 80 peratus masyarakat Malaysia meninggalkan solat. Jadi, hati-hati dalam pemilihan anda.

2. Akhlak.

Jangan tertipu dengan pakaian. Akhlak tidak terletak pada pakaian. Lihat bagaimana dia menghormati orang lain. Nak best lagi? Test dia. Buat dia marah, kalau dia mampu tahan amarah, okay, terima.

3. Kepimpinan.

Jika dia bekerja sepejabat dengan anda, cuba check bagaimana dia bekerja. Kalau bagus pekerjaannya. Lulus.

4. Sekufu.

Perhatikan keluarga dan cara hidup lelaki itu. Jika dia dan anda boleh duduk sekali, silakan untuk membuat pilihan. Yang penting, bila membuat pilihan itu, anda merasa tenteram dengan pilihan anda.



Apapun, buatlah solat sunat istikarah untuk mendapat petunjuk. Petunjuk itu bukan semata mimpi. Ia perlukan istikarah dan musyawarah, barulah kita boleh membuat jawapan. Misalnya, apabila seseorang sudah istikarah, selidikilah calon pasangan anda itu samaada melalui media sosialnya, kawan rapatnya dan pelbagai kaedah yang boleh digunakan.



Kemudian berbincanglah dengan kedua ibu bapa. Sekiranya anda merasa tenang dengan pilihan itu, teruskan saja niat anda untuk hidup bersama dengan dia. Jika anda melambatkan perkara ini, jangan merana. Kerana sewaktu ini tentera-tentera syaitan akan datang berbondong-bondong untuk musnahkan perancangan anda. Syaitan kan. Memang tak mahu manusia membina rumah tangga.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen