Si Dia Sudah Bahagia Bersama Yang Baru, Tetapi Hati Masih Berharap Untuk Bersamanya, Bagaimana Cara Untuk Tanganinya.

 

Setiap orang pasti akan mengalami saat-saat sukar selepas ditinggalkan kekasih hati. Untuk terus bangkit dalam masa yang sekejap bukanlah satu yang mudah. Ia mungkin memerlukan masa yang lama. Di samping itu juga, berilah ruang dan hati itu untuk sembuh semula sebelum memulakan sesuatu yang baharu walaupun hati dan fikiran anda masih tidak mampu untuk melupakan dirinya. Tapi untuk apa mengingati dan berharap pada orang yang sudah tidak mencintai serta mengingati kita lagi. Dia di sana sudah mula bahagia bersama pasangan barunya tapi kita di sini masih bersedih akan kenangan lama.



Antara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah, melakukan aktiviti yang mencabar. Hal ini kerana, aktiviti yang mencabar akan memerlukan penggunaan hati dan pemikiran. Oleh itu cara ini membantu anda untuk menghilangkan si dia dari hati dan fikiran anda. Tetapi jika tidak mampu, buat sahaja aktiviti berdasarkan kemampuan anda. Sebagai contoh, pergi hiking dan membuat senaman ketika waktu petang.

Jika sebelum ini masa anda banyak habis padanya, kini anda ambil masa yang ada untuk luangkan bersama rakan-rakan anda. Boleh lah, anda mengajak rakan-rakan anda pergi melepak, pergi membeli belah mahupun menonton wayang. Rakan-rakan ini sebenarnya mampu mengurangkan rasa sedih yang sedang kita hadapai. Tapi jangan pula anda kerap bercerita tentang si dia. Nanti makin lambat pula hendak sembuh lukanya.



Melihat barang pemberiannya dahulu sudah menyakitkan hati apatah lagi melihat dia tersenyum bahagia bersama kekasih baru. Jadi apa tunggu lagi, buang sahaja hadiah pemberiannya. Jangan tinggalkan satu pun yang tinggal yang mampu membuat anda terluka. Semua barang pemberiannya tidak berguna lagi pada masa ini. Tong sampah sahaja layak tempatnya.

Sebagai hamba Allah, cubalah kita mengambil al-Quran dan bacalah ia. Ia serba sedikit mampu menjadi terapi di hati dan di minda. Di samping itu, dengarlah alunan zikir-zikir yang menyenangkan hati anda. Ia juga mampu untuk membuat anda hilang fokus dari terus memikirkannya.

Akhir sekali, maafkanlah segala kesalahannya yang dia lakukan terhadap anda. Ini merupakan perkara yang penting untuk mendapat hati dan fikiran yang tenang. Jika tiada kemaafan hati akan menjadi tidak tenang kerana bakal ada niat untuk membalas dendam terhadapnya. Dalam kemaafan tersebut sertakan sekali hati yang ikhlas agar hati mampu tenang dengan damai.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen