8 Tips Memilih Barang Hantaran Dengan Bijak.

 

Kadangkala, memilih barang untuk dijadikan hantaran menjadi kerungsingan buat bakal mempelai. Pemilihan barang hantaran yang kurang tepat dan tidak sesuai boleh menyebabkan pembaziran. Entri kali ini berkongsikan tip dan panduan untuk memudahkan anda mencari dan memilih barang hantaran yang tepat dan sempurna.



1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Jangan sesekali berniat untuk membeli sesuatu barang buat pasangan secara berahsia sebagai satu kejutan. Ini boleh menyebabkan kejutan yang diberikan tidak disukai oleh pasangan anda. Sebaiknya, bawa berbincang, pilih dan beli bersama-sama.

2. Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua-dua belah pihak. Jumlah hantaran yang sedikit perlu diberikan dari pihak lelaki dan jumlah yang lebih dari pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Sebagai contoh, sekiranya pihak perempuan menyediakan 9 jumlah hantaran, lelaki perlu berbalas 7 dulang hantaran.



3. Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan.

4. Semasa pemilihan barang anda perlu sesuaikan dengan dulang atau tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray, jika tidak semua barang mengalami kesukaran untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

5. Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak- tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.



6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar kerana akan menyukarkan sukar proses mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.

7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.

8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran. 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen