Lelaki Pun Perlu Tahu Barang Solek Wanita! Tidak Salah Untuk Dijadikan Sebagai Barang Hantaran.

 

Sering kita mendengar wanita dan makanan tidak dapat dipisahkan. Mengapa wanita sering dikaitkan dengan makanan? Lelaki juga perlu tahu, wanita juga gemar untuk bersolek untuk kepuasan diri. Seperti si lelaki lebih menggemari barangan gadget, kereta dan bola, sudah tentu wanita juga ada hobi nya sendiri. Wanita sanggup berdiri dengan lama untuk memilih barangan solek yang digemari.



Sebahagian daripada wanita, sudah tentu menjadikan ‘make up’ sebagai hobi. Malah, wanita menjadikan ia sebagai pekerjaan 'side income' kerana telah memasuki kelas solekan untuk mendapat skill dan ilmu. Ramai lelaki keliru dan tepu mungkin kerana sudah tiada idea barang apa untuk dijadikan hantaran.

“Sayang, foundation tu apa? Untuk construction bangunan ke?” perli si bakal suami.

1. Si lelaki tertanya-tanya, bagaimana bakal isterinya menutupi sebarang jerawat dan jeragat di muka? Muka kusam menjadi lebih segar? Sudah tentu dengan foundation.

2. Dah pakai foundation, kenapa perlu memakai concealer lagi? Pelik si lelaki. Jika anda perasan muka bakal isteri anda mempunyai ‘mata panda’ atau ‘eyebag’, concealer adalah untuk menutupi segala yang tidak dapat ditutupi dengan foundation.


3. “Awak ni memang blushing dengan saya setiap hari ke? Merah betul pipi” Itu namanya blusher wahai si bakal suami. Jika tidak dikenakan blusher, si lelaki akan perli si gadis muka pucat seperti tidak bersolek.

4. “Semalam saya tengok kening awak tak kemas, hari ni macam ada orang sikat?” lelaki kelakar memang menjadi idaman setiap wanita, tetapi jangan pula berlebih-lebihan. Merajuk si dia, susah untuk dipujuk. Tidak dinafikan, trend terkini wanita gemar mencuba sesuatu yang baru, kening yang tidak kemas pun mampu dibaiki dengan ‘gel eyebrow’ dan concealer.

5. “Macam mana awak minum, gincu awak tak lekat pada gelas?”. Wahai lelaki, jika anda menggemari movie batman yang terkenal dengan kereta ‘Matte Black’, wanita juga mempunyai ‘Matte Lipstick’.

Ia tidak la pula sehingga mengubah ciptaan Allah swt, daripada menjadi bakal isteri anda kepada Dato' Siti Nurhaliza. Cuma untuk menambah seri muka. Jadi dah ada idea untuk membeli barangan hantaran? Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,699 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen