10 Pesanan Buat Wanita Yang Akan Bergelar Seorang Isteri.

 

Hai wanita yang ingin membina keluarga tidak lama lagi. Pesanan ini diberikan agar kau menjadi pemaisuri hati seorang lelaki untuk selamanya. Tidak lama lagi engkau akan bergelar seorang isteri buat suamimu. Seeloknya jadilah engkau sebaik-baik wanita untuk suami kelak kerana engkau dan suami adalah pelengkap kehidupan. Maka, manfaatkanlah ilmu ini untuk diamalkan ketika bergelar isteri nanti.



1. Temani suamimu dalam apa jua keadaan.

Sokonglah dan berikanlah motivasi buat suamimu saat dia memerlukan. Raikanlah kejayaannya saat dia berjaya.

2. Patuhi perintahnya.

Ikuti perintahnya kerana syurga engkau ketika itu sudah berada di telapak kaki suamimu. Tidak akan bau syurga sekiranya engkau menderhakai mereka.

3. Jaga matanya.

Elakkan suamimu melihat kekurangan yang ada pada dirimu. Pelihara sebaik mungkin. Jika kau boleh bersiap ke pejabat dengan cantik, begitu jualah kau persiapkan dirimu dihadapan suamimu, bahkan lebih cantik.

4. Jaga hidungnya.

Pakailah wangian yang dia sukai.

5. Selesakan tidurnya.

Sediakanlah tempat tidur yang sesuai dan hiasilah dengan hal yang menyenangkan matanya. Biarkan mereka tidur dengan tenang supaya emosi mereka stabil.

6. Ingat waktu makannya.

Belajar dan buatkan mereka makanan kegemarannya. Hidangkan makanan sewaktu mereka ingin makan sebab dengan kelaparan akan membuatkan mereka marah.



7. Pelihara hartanya.

Gunakan sebaik mungkin harta yang diberikan. Ada lebihan, simpan. Kurang, cermat.

8. Pelihara keluarga dan anak-anaknya.

Hormatilah keluarganya seperti kau menghormati keluargamu sendiri. Didiklah anak-anak mereka sebaik mungkin.

9. Tidak membuka aibnya.

Dengan engkau membuka aibnya, engkau akan menerima balasan.

10. Tidak menentang aturannya.

Jika engkau menentang dia, dadanya akan membara marah.



Amalkanlah sepuluh pesanan ini agar kelak keluargamu bahagia setiasa mudah-mudahan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,001 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen