Cinta Ikhlas Vs Cinta Simpati. Adakah Cinta Simpati Akan Berkekalan?

 

Anda menyintai pasangan anda sepenuh hati tanpa prejudis dan cinta anda disambut dengan tatangan minyak yang penuh. Cinta Ikhlas apabila kedua-dua pasangan menyintai antara satu sama lain tanpa di paksa dan rela sepenuh hati. Tetapi bagaimana pula cinta simpati ini wujud? Kenapa perlunya cinta simpati di dalam kehidupan kita?



Kadang kala dalam keadaan tidak sedar, apabila kita melihat kucing terbiar di tengah jalan, kita mengambilnya lalu menjaga ia dengan seikhlas hati. Pada mula kita melihatnya, adakah kita sedih dan simpati pada kucing tersebut? Jika betul, bagaimana pula anda boleh menjaga kucing itu dengan seikhlas hati di kemudian hari?

Adakah cinta simpati itu wujud? Adakah cinta simpati itu ikhlas? Cuba baca ciri-ciri cinta simpati.

1. Simpati antara dua gender yang akan mewujudkan kisah cinta mereka. Bukan fantasi tetapi realiti. Mana kan pula si lelaki sentiasa menolong si gadis, tetapi tidak punya perasaan kasih. Jika tiada kasih, kita akan hiraukan insan tersebut.

2. Terhutang budi? Seseorang telah menolong kita secara fizikal dan mental. Sentiasa memberi nasihat dan menyokong dari semua aspek seperti tenaga atau duit. Mustahil! Hanya ahli keluarga sahaja kita akan bertindak sebegitu. Jika si dia asing bagi anda, tanya hati anda kembali, kenapa anda bertindak sedemikian?



3. Niat untuk berkahwin? Untuk apa anda hendak berkahwin dengan pasangan, jika anda tidak punya rasa simpati melihat si dia yang sentiasa keseorangan tanpa sesiapa disisi.

4. Mentaliti masyarakat menyatakan, cinta simpati tidak akan kekal. Jika pasangan sudah ada hati dan perasaan pada orang lain, sudah tentu akan di bagi hati sepenuhnya pada insan tersebut? Pasangan yang telah berkahwin, akan tinggal sebumbung. Mustahil tidak akan terbit perasaan sayang dan cinta jika sudah tinggal bersama bukan?

5. Tiada salah, jika kedua-dua pihak masih bujang. Berkemungkinan dengan cara sedemikian Allah swt temukan jodoh anda. Simpati lahir dengan perasaan empati. Cinta hadir kerana Ilahi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,068 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen