Cintai Lelaki Anda Selayaknya Dia Cintai, Kerana Cinta Itu Saling Melengkapi.

 

Dalam satu perhubungan, kedua-dua pasangan tidak perlu sempurna tapi saling melengkapi. Namun mencuba untuk saling melengkapi pasangan adalah satu hal yang tidak mustahil. Tiada lelaki yang lahir begitu sempurna. Pada masa yang sama, anda tidak mahu rasa kecewa dan terluka. Tetapi disebabkan sayang dan cinta anda padanya, maka lakukan apa yang selayaknya dia terima dan menerima dia seadanya.



Si dia tidak pernah akan menjadi sempurna, namun sebagai seorang kekasih yang ingin setia bersamanya, anda perlulah belajar memahaminya. Walaupun pada satu ketika, sikapnya tidak konsisten, ada kala sikapnya kurang sabar dan dia sendiri sukar mengawal moodnya sendiri. Tetapi anda harus setia memahami agar si dia tidak merasa anda hanya mementingkan diri sendiri.

Seorang lelaki ini hanya ingin merasai kebebasan walaupun berada dalam satu perhubungan. Jadi sebagai kekasihnya, beri si dia kebebasan dan ruang untuk dia melakukan apa sahaja yang disukainya. Jangan sesekali anda mengongkong kerana dia juga mempunyai kehidupan sendiri sebelum bertemu dengan anda. Jangan janganlah merampas kebebasan darinya. Hal ini kerana, anda hanya sebahagian daripada hidupnya sahaja.

Seperti anda juga, si dia tentunya perlukan perhatian daripada pasangannya. Ambil berat tentangnya dengan menanyakan perkara-perkara yang mungkin nampak biasa tetapi cukup memberi kesan kepadanya. Sudah tentu si dia akan rasa disayangi sentiasa.



Sebagai pendampingnya, anda seharusnya menghormati pilihan dan keputusan si dia. Tunjukkan padanya hormat yang selayaknya dia perolehi. Jangan anda sentiasa memperlekehkan segala kata dan perbuatannya. Walaupun dia seorang lelaki, namun hatinya juga mudah terguris seperti anda.

Tetapi, semuanya bergantung pada anda bagaimana untuk mencintainya. Hanya kerana anda lebih tahu mengenai hati dan tingkahnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,517 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen