Hafal Doa Ini Siap-siap Sebelum Anda Bernikah.

 

Allah itu dekat. Dia sedia mengabulkan permintaan hambanya yang berdoa. Jika seseorang itu berdoa, pasti Allah akan memperkenankannya. Ini perlu diyakini oleh kita sebagai seorang yang beragama Islam. Jika tidak dikabulkan doa kita di dunia, pasti akan dibalas dengan ganjaran yang selayaknya di akhirat kelak. Antara doa-doa yang perlu dihafal sebelum bergelar suami isteri ialah:



1. Doa melembutkan hati pasangan.

Siapa tidak mahu jika suami atau isteri berubah ke arah kebaikan. Kadang, hal sebegini menyebabkan pergaduhan. Oleh itu, disarankan membaca doa ini untuk melembutkan hati pasangan.

 

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

“Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada yang di kehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
[Asy-Syura: 19]



2. Doa mengeratkan kasih sayang dalam keluarga.

Keluarga bahagia adalah impian semua orang. Jadi, hafal doa ini siap-siap.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
[Al-Imran: 200]




3. Doa agar mendapat zuriat yang baik.

Anak adalah penawar hati. Tetapi, kalau ada sahaja halnya, susah juga. Doa ini boleh juga diamalkan jika belum berkahwin. Mudah-mudahan Allah mengabulkan doa kita sebaik mungkin

قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."
[Al-Imran: 38]

Doa yang dicadangkan ini amat mudah dan ringkas untuk diamalkan. Semoga semua pembaca dapat menghafal bermula hari ini.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen