4 Tanda Yang Anda Sudah Sedia Untuk Menjalin Hubungan Baru Setelah Menjadi Single Untuk Jangka Masa Yang Lama.

 

Setelah merasa kekecewaan dari satu perhubungan yang tidak menjadi, pasti seseorang individu akan mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh dari luka yang lama. Dalam jangka masa yang panjang, seseorang individu akan merasa sangat selesa menjalani hidup secara bersendirian. Namun, apabila terlalu bersendirian, diri sendiri seolah-olah tidak tahu pada waktu bilakah masa yang tepat untuk menjalani satu perhubungan yang baru. Bila waktu yang sesuai seseorang itu mencari pengganti setelah lama menyendiri? Nah ini empat tips mudah untuk mengetahui adakah anda sudah bersedia ataupun tidak.



1. Merasa gembira dengan hubungan rakan-rakan.

Jika sebelum ini anda merasa hubungan rakan-rakan anda bersama kekasihnya begitu merimaskan di mata anda, kini anda begitu senang melihat hubungan mereka. Selama ini anda menganggap perhubungan mereka itu hanya hal yang remeh dan tidak penting. Namun pada masa kini, anda melihat perhubungan mereka itu sesuatu yang indah. Dan anda terasa ingin menjadi salah seorang daripada mereka.

2. Merasa memerlukan tempat luahan rasa.

Dahulu anda merasakan anda boleh melakukan apa sahaja tanpa sesiapa yang membantu. Tapi kini anda rasa terbeban nak ingin tempat mengadu. Selain itu, rakan-rakan anda sedang sibuk dengan pasangan masing-masing sehingga tiada masa untuk anda. Dan ketika inilah anda merasakan pasti seronok jika mempunyai pasangan yang sedia mendengar segala luahan anda.



3. Inginkan cabaran.

Selain itu, Sebagai seorang manusia biasa, kehidupan tanpa cabaran adalah begitu mudah dan membosankan. Kita pasti akan mencari sesuatu agar kehidupan ini kelihatan begitu mencabar namun menyeronokkan. Ia juga akan menjadi teka teki jika anda akan merasa sedikit mencabar dan menyeronokkan jika mempunyai pasangan. Jawapannya, ya! Sudah pasti kehidupan anda akan bertambah mencabar dan menyeronokkan.

4. Mempunyai kejayaan yang kukuh.

Dalam perjalanan kerjaya anda, ia nampak begitu membanggakan. Anda mampu menanggungnya sendiri tanpa bantuan pihak lain. Anda boleh dikatakan stabil dari segi kewangan dan pekerjaan. Namun, anda merasa seperti ada sesuatu yang tidak mencukupi. Hati terasa kosong seperti perlu diisi. Ia mungkin tidak membantu tetapi membuat anda tertanya-tanya jika kehidupan anda akan bertambah baik jika berada di dalam perhubungan. Jadi jangan tunggu lebih lama lagi, ini adalah masa yang tepat untuk anda menjalani satu perhubungan baru.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen