Trauma Untuk Bercinta, Lebih Rela Menjadi Andartu! Tips Untuk Menghilangkan Trauma.

 

“Kau ni tak nak kawin ke kaklong? Umur pun sudah hampir 40, sampai bila nak jadi macam ni?”

 

Ibu mana yang tidak risau apabila anak sulungnya belum lagi bertemu jodoh tetapi adik-adiknya yang lain sudah pula berumah tangga. Tambahan pula ayah kesayangannya sudah meninggalkan mereka sekeluarga cukup dengan harta dan kasih sayang. Bagi si kaklong yang merasakan dia perlukan kasih sayang seorang lelaki tetapi sentiasa pula disakiti oleh bekas teman kekasih hati. Amat pilu.

Jiwa nya tidak tenteram, manakan untuk menjaga keluarga dan ibu nya yang telah tua termasuk dirinya yang tidak terurus. Sedih mengenangkan kisah hidupnya. Ramai di kalangan wanita yang berumur 40 tahun ke atas lebih rela  menjadi andartu dan tinggal bersama ibunya. Besar sungguh pengorbanannya. Persoalannya, adakah anda bahagia menjadi andartu dan tidak kisah menjadi bahan bualan orang ramai?

Stigma masyarakat melayu yang suka merendahkan martabat mereka dengan memanggil anda tidak laku! Kemungkinan mandul oleh kerana itu tidak mahu berkahwin! Wanita mana yang sanggup menjadi bahan bualan yang negatif. Untuk menghilangkan trauma, perkara yang paling penting adalah dengan menyintai diri anda sendiri. Bagaimana untuk jatuh cinta pada diri sendiri? Jom baca!



1. Sentiasa melaram. Melaram bukan setakat memakai barang make up, tetapi memilih pilihan baju sendiri. Jika anda sudah biasa memakai baju kurung, tidak salah untuk anda memakai blouse dan seluar atau kain. Jangan lupa pilih warna yang ceria dan terang, kerana warna boleh mempengaruhi mood anda!

2. Sentiasa mendengar nasihat ibu. Jelaskan pada ibu, sentiasa menuturkan kata-kata yang positif, kerana kata-kata seorang ibu adalah senjata doa yang hebat. Jika kita ingin melihat ibu kita bahagia, jangan pula anda yang menjadi murung, mereka akan bertambah risau. Kita tidak suka melihat ibu risau bukan?

3. Berfikiran positif, dan sentiasa memikirkan ada lagi insan di luar sana lebih bernasib teruk dari anda. Jika anda masih mempunyai ibu, ada yang telah kehilangan semua ahli keluarganya.

4. Mengapa anda perlu sentiasa membaca bahan bacaan yang sedih, suram dan kelam? Sibukkan dengan membaca Al-Qur’an dan terjemahannya.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,931 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen