Do And Don’t Ketika Bertunang.

 

Bertunang bukanlah bererti kita itu sudah menjadi milik si dia. Banyak saja kes berlaku putus tunang disebabkan hal-hal tertentu. Mungkin juga tiada jodoh antara keduanya. Jadi, kami kongsikan kepada anda antara perkara-perkara yang dibolehkan dan dicegah ketika bertunang.



Perkara Yang Dibolehkan.


1. Melihat bakal pasangan.


Kita memang dianjurkan Islam agar melihat pasangan yang ingin dikahwini. Takut nanti bila dah kahwin, tak berkenan pula. Susah juga kalau macam tu. Jadi, bila dah boleh, lakukan. Tapi jangan sampai berlebihan. Datang rumah bakal calon pasangan dengan sopan dan minta izin kedua orang tuannya untuk melihat calon pasangan. Lihat muka cukup. Hehe

2. Berkenalan


Kenali calon pasangan melalui kawan-kawan mereka. Orang kata, kalau nak kenal seseorang tu macam mana, tengok dengan siapa dia bersahabat. Selain itu check juga Facebook, kalau okay, tak ada perkara-perkara yang mengarut, bagus. Terakhir, jumpa calon anda. Biar ada perantara anda dan si dia. Nak lebih baik, yang lelaki tu jumpa saja keluarga perempuan di rumah. Kata ‘hero.’



Perkara Yang Dicegah.

1. Menghebahkan pertunangan.


Antara hikmah untuk kita tidak mengehebahkan pertunangan adalah untuk menjaga aib kita dan pasangan apabila berlakunya putus tunang. Islam memberikan jalan terbaik buat kita. Tapi, kalau sekadar sedara-mara tahu hal pertunangan itu tidak mengapa. Bukankah sangat membazir kalau kita siapkan pelamin pertunangan dan sebagainya, kesudahannya putus pula. Nanti ramai pula jadi mak cik bawang.

2. Berdua-duaan antara pasangan dan hindari dari fitnah.

Sebagaimana yang kita tahu, Islam melarang untuk kita melakukan hal ini. Jika ada perkara penting yang perlu dilunaskan bersama, ajaklah mahram yang baik kelakuannya supaya tingkah laku kita terjaga dihadapan calon pasangan. Tutup aurat dengan sopan dan jaga tingkah laku supaya tidak berlaku fitnah. Begitu juga jika di media sosial, hindari dari berkata-kata yang berlebihan dan boleh menimbulkan syahwat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,462 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen