“Dia Mencintai Sedalamnya Kerana Dia Tahu Bagaimana Rasa Dicintai Seceteknya,” Mengapa Mencintai Orang Yang Pernah Terluka Lebih Bahagia.

 

Setiap orang sudah pasti pernah meratapi dan menangisi satu perhubungan yang tidak menjadi. Namun, bagi permulaan dalam pertemuan dan perhubungan yang baru, mereka ini pasti tidak akan mengulangi perbuatan yang pernah menyebabkan hatinya terluka. Mahupun menyebabkan pasangan barunya terluka.



Betul ke mencintai seseorang yang pernah terluka dalam perhubungan lama lebih bahagia. Namun, bagaimana jika mereka ini berselindung di sebalik luka yang lama. Tetapi percayalah, mereka yang mahukan perhubungan baru ini akan mencintai pasangannya lebih mendalam berbanding yang lama.

Anda boleh melihat melalui tingkahnya yang lebih menghargai anda dalam setiap perkara. Mereka ini tidak akan meletakan anda sebagai yang utama dalam segala hal, namun meletakan hal anda sebagai keutamaannya. Setiap waktu dan masa yang diluangkan untuk anda akan digunakan sehabis baik untuk memastikan anda terasa bahagia di sampingnya.



Di samping itu, mereka ini tidak akan mengulangi perbuatan yang sama dalam perhubungan yang lama. Mereka ini akan mengelakkan satu perbuatan yang mampu membuat anda terasa hati mahupun berkecil hati. Setiap perbuatan kekasih lamanya yang membuat hatinya terluka sama sekali tidak akan dilakukannya. Setiap perbuatan dalam perhubungan anda akan dijaga dan dilakukan dengan sebaiknya.

Dalam perhubungan yang baru ini, pasangan anda sudah pasti akan lebih serius dari sebelumnya. Mereka ini akan segera berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa anda untuk berkenalan lebih rapat dengannya. Mereka juga akan menghormati kedua-dua ibu bapa anda sebagai mana ibu bapanya. Selain itu, mereka ini juga akan membawa anda untuk memperkenalkan kepada ibu bapanya. Dengan sedikit usaha di situ, sudah boleh dilihat bahawa pasangan anda itu lebih serius dalam perhubungan kali ini.

Namun, apa yang boleh dirumuskan ialah segala-galanya terletak kepada hati seseorang individu. Jika dia mampu menyerahkan sepenuh hatinya kepada anda kerana dia tahu bagaimana rasa dicintai dengan seceteknya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,749 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen