Belum Bertemu Jodoh. Apa yang Perlu Saya Lakukan?

 

Jodoh pertemuan adalah ditangan Allah. Kadang, ada orang mencari cinta bertahun-tahun, bahkan ada juga berpuluh tahun. Masih juga Allah belum temukan jodoh yang sesuai untuk dia. Pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan untuk mencari cinta.



Jadi, apa sebenarnya yang perlu dilakukan oleh sang penggali cinta ketika belum lagi ditemukan jodoh buatnya? Jom, ikuti tips ini.

1. Mencari Cinta Allah

Ini adalah hal terpenting yang perlu dilakukan oleh sang penggali cinta. Mana mungkin seorang manusia mengabaikan cinta Allah melebihi cinta kepada perkara-perkara lain. Dalam mencari cinta Allah, kita hendaklah memperbaiki diri, banyak berbicara dengan Allah (selalu membaca al-Quran), dan merintih pada-Nya disaat malam. Dengan ini, mudah-mudahan Allah melancarkan urusan mencari cinta manusia. Kerana hati manusia juga adalah milik-Nya.

2. Sedikit Makan

Yahya bin Mu’az berpesan: “berjidahlah melawan nafsu dengan riadah (latihan rohani).” Salah satu latihan yang perlu dilakukan oleh sang pencari cinta adalah sedikit makan. Bagi yang belum bertemu jodoh, kita dianjurkan untuk berpuasa. Mengapa puasa adalah latihan terbaik untuk kita? Ini kerana puasa dapat membantu menahan syahwat seseorang.

Rasulullah bersabda: “Orang yang kerap berlapar (puasa) dan menahan nafsu di dunia merekalah orang yang paling kenyang di akhirat” [Riwayat Tabrani]



3. Memerangi Syahwat

Dalam hal ini, Allah memerintahkan kita agar mengawal pandangan. Seperti yang dinyatakan dalam surah An-Nur: ayat 30 yang bermaksud “Perintahkan kepada para mukminin supaya mengawal sebahagian dari pandangan mereka.”

4. Sabar

Hah. Ini cabaran terbesar sang pencari cinta. Mana tidaknya. Orang tua, sanak saudara sering saja mengajukan soalan yang sama apabila bertemu. Apa soalannya? Bila kamu nak kahwin? Huh. Ini soalan maut. Jadi, apa perlu dilakukan? Cool je. Kita mesti yakin bahawa jodoh itu ketentuan Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh.

5. Doa dan Usaha

Untuk mendapatkan jodoh, doa dan usaha itu sangat penting. Banyak doa-doa yang dianjurkan agar mendapatkan jodoh dan zuriat yang baik. Maka, amalkan dari sekarang. Doa setiap hari, setiap kali selepas solat atau saat berasa sedih memikirkan hal jodoh.



Apa pun, semoga kita mendapatkan jodoh yang terbaik. Mungkin sebenarnya Allah melambatkan jodoh kita agar kita dapat meluangkan masa untuk merintih kepadanya. Allah mahu mendengar suara kita. Don’t worry, be happy. Senyum dan teruskan berusaha. Selamat berjaya.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,668 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen