Jodoh Hanya Bertemu Di Sosial Media, Tiada Siapa Yang Dapat Menjangka! 

 

Siapa yang jangka, bertemu jodoh pun begitu senang kerana hanya di sosial media sahaja anda boleh mengenal hati budi pasangan. Di sebalik keburukan yang sudah banyak kita dengar daripada masyarakat tentang sosial media, namun ada juga kebaikannya. Semua bergantung kepada rezeki masing-masing. Takdir Allah swt kita tidak boleh menafikan. Manakan pula semua insan melalui frasa hidup yang sama antara satu sama lain. Sudah tentu perjalanan hidup kita amat membosankan.



Tidak semestinya, bertemu jodoh di sosial media itu, mereka saling tidak mengenal antara satu sama lain. Berkemungkinan mereka telah kenal lama sejak daripada sekolah rendah, tetapi akhirnya terputus kerana membawa arah hidup masing-masing. Akhirnya facebook juga telah membawa mereka untuk mengenal hati budi secara rapat dan ke jinjang pelamin.

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada mereka sesungguhnya tidak mengenali antara satu sama lain. Ternyata sosial media yang membawa mereka bersama untuk berinteraksi. Mereka juga mahu mencuba alternatif ini kerana berlainan dan sukakan pada cabaran. Ada yang mengganggap bahawa berkenalan dengan orang asing di sosial media tidak meyakinkan dan sangat bahaya.


Secara rasional nya, di laman sosial mana menjadi pilihan anda? Adakah ia mencurigakan? Adakah ia boleh dipercayai? Adakah ia berilmiah? Mematuhi syarat-syarat islamiah? Adakah privasi anda di jaga sepenuhnya oleh laman sosial tersebut? Pilihan ditangan anda. Tersalah platform untuk mencari jodoh, maka tersasarlah matlamat anda untuk mencari jodoh. Ini yang dinamakan jodoh salah alamat. Alamak!

Oleh itu, kita sering mengeluh mengapa jodoh lambat sampai dan tersesat. Beri peluang kepada diri kita, cara yang bagaimana yang sesuai untuk mencari jodoh. Jangan hanya kerana orang lain bernasib baik kerana bertemu jodoh di tempat kerja, dan anda pun hanya mencari di tempat kerja, Ada juga yang menanti selesai sudah graduasi pasti akan bertemu jodoh, tetapi hampa. Pasti ada jalan penyelesaiannya!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 613,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen