5 Cadangan Tempat Honeymoon Terbaik Untuk Anda dan Pasangan.

 

Sudah bernikah? Apa lagi. Enjoy! Hehe Kalau sebelum ini pergaulan anda dengan pasangan terbatas, sekarang si dia sudah pun menjadi halal selepas lelaki menerima akad perkahwinan. Honeymoon adalah cara untuk anda dan pasangan mengenali lebih dekat karekter masing-masing. Selain dapat mengeratkan hubungan dengan si dia.



1. Mekkah.

Menunaikan umrah bersama orang tersayang menyemarakkan lagi cinta suami isteri. Ramai dikalangan kita memilih untuk menunaikan umrah setelah bernikah disebabkan ingin menyelami lebih mendalam cinta antara nabi kita Muhammad s.a.w dengan isteri baginda. Selain memohon kepada Allah agar dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah, tidak lupa juga memanjatkan doa agar dikurniakan zuriat yang soleh, solehah.

2. Bali, Indonesia.

Jika anda penggemar pantai atau pulau, ini adalah destinasi terbaik buat anda dan pasangan. Tempat ini terbukti menjadi pulau yang digemari oleh ramai pelancong kerana keindahan dan suasana yang menenangkan. Jika mahu bergambar outdoor untuk perkahwinan anda di sini, apa salahnya.

3. Polar Night, Finlandia.

Selain dapat menikmati keindahan salji. Anda dan pasangan juga dapat menyaksikan fenomena alam aurelia borealis iaitu fenomena cahaya yang berwarna-warni di langit saat malam yang didominasi oleh warna hijau. Pemandangan ini sangat menakjubkan.



4. Cameron Highland, Pahang.

Bagi yang sukakan aktiviti sejuk tanpa salji, anda boleh memilih destinasi ini sebagai tempat berbulan madu. Sebagaimana yang diketahui, tempat ini dipenuhi dengan taman bunga yang terdapat pelbagai warna. Anda boleh menikmati pengalaman-pengalaman romantis bersama pasangan sambil saling menyuapkan buat strawberi segar dari ladang dengan menikmati secangkir the panas. Wallah! Jimat kos pun ya jika anda memilih destinasi ini.

5. Kenya.

Anda dan pasangan sukakan aktiviti lasak sambil melihat haiwan melakukan aktiviti kehidupan mereka? Kenya adalah tempat yang sesuai untuk berbulan madu. Padang rumput yang luas, terdapat burung merak, zebra dan gajah berkeliaran seakan-akan anda sedang menonton “Animal Planet”. Sungguh mencabar dan mendebarkan.



Apapun, bincang dengan pasangan anda tempat yang sesuai untuk berbulan madu. Jangan sampai salah seorang tarik muka pula nanti. Tak syoklah kalau macam tu.

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,395 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen