Apa Sahaja Kemahuan Dan Kehendaknya Anda Turuti Kerana Takut Kehilangan, Anda Mungkin Mengalami Ketagihan Dalam Perhubungan.

 

Ketagihan adalah sesuatu perkara yang perlu kita elak agar tidak membawa diri kita ke suatu perkara yang tidak elok. Ketagihan dalam perhubungan mampu membuat seseorang individu dan perhubungan berada di satu keadaan yang tidak elok. Apabila anda terlibat dalam ketagihan perhubungan, maka anda sanggup melakukan apa sahaja demi perhubungan anda tanpa memikirkan akibatnya. Namun, bagaimana untuk mengetahui jika anda sudah mengalami ketagihan perhubungan. Tetapi anda mengalami ciri-ciri seperti ini, cepat-cepat sedar agar tidak melarat.



1. Rasa bahagia hanya bersama pasangan.

Apabila anda terlibat dalam ketagihan ini, anda akan merasakan bahawa, anda hanya akan merasa bahagia jika sentiasa bersama pasangan anda. Anda tidak akan ada hati untuk bersama orang lain selain pasangan anda. Ada juga tidak merasa bahagia walaupun dikelilingi sahabat dan ahli keluarga anda.

2. Rela dikongkong pasangan.

Dalam pada itu juga, anda menjadi seorang yang tidak bergaul dan sentiasa berasa selesa jika tidak bersama rakan-rakan anda. Jika anda ingin melakukan sesuatu, anda juga kerap bertanya keizinan pasangan anda. Jika si dia tidak membenarkan, maka dengan rela hati anda menurutnya.

3. Tidak mempunyai matlamat dalam kerjaya.

Apa yang ada di dalam fikiran anda hanyalah dia. Anda tidak mempunyai semangat untuk melakukan rutin harian anda. Anda juga hilang matlamat hidup serta tidak memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya anda.



4. Tidak mempunyai hobi.

Jika dahulu ada sahaja perkara yang anda lakukan pada masa lapang. Kini hanya dia sahaja yang akan memenuhi masa lapang anda. Anda akan sentiasa menunggu panggilan, dan pesanan ringkas daripada dia ketika masa lapang. Jadi segala masa lapang anda banyak disia-siakan.

5. Sentiasa bimbang hubungan akan berakhir.

Anda juga akan sentiasa memikirkan bagaimana jika satu hari nanti hubungan anda berakhir. Apa yang harus anda lakukan jika hubungan berakhir. Segala menjadi bahan untuk anda fikirkan, sehingga anda sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Anda juga mudah untuk over thinking untuk perkara yang kecil.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 591,414 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen