Pasangan Introvert, Bagaimana Untuk Memikat Hati Mereka?

 

 

“Kau ni tak nak keluar bilik ke? Tak bosan ke duduk rumah sorang-sorang?”

Setiap kali berceritakan tentang jodoh, kita pasti kaitkan jika orang itu pendiam sudah tentu pasangannya peramah. Ramai yang gelisah dan tidak tahu cara untuk memikat pasangan yang pendiam atau dikenali sebagai introvert. Anggapan orang ramai tentang introvert ini, mereka tidak tahu untuk memberi sebarang reaksi dan sombong.



Adakah mereka robot dan tidak mempunyai perasaan? Tidak. Mereka hanya memerlukan masa dan ruang. Kepada pasangan yang bercinta, jika si dia introvert, usah risau, mereka hanya lah manusia biasa yang memerlukan lebih perhatian.

1. Pasangan khuatir, kerana bagaimana hendak tahu yang si dia mencintai dirinya? Sedangkan tidak pernah mengungkapkan kata rindu dan sayang? Mereka yang introvert lebih kepada perbuatan untuk menunjukkan mereka sayang anda. Jika mereka suka membaca, mungkin mereka suka memberi kata-kata puitis pada anda. Jika mereka suka mendengar lagu, mungkin bait-bait lirik sudah tentu diberikan pada anda.

2. Selain daripada itu, jika anda adalah penggemar movie di wayang, jangan mengheret pasangan anda untuk menonton dua movie untuk satu hari. Atau pendek kata, marathon movie. Mereka tidak gemar aktiviti yang sama berulang kali untuk satu hari. Bagi mereka, berkomunikasi dan bertentang mata adalah lebih penting daripada mengadap rancangan untuk beberapa jam.


3. Jika anda meminati pasangan yang introvert dan mahu memulakan langkah, jangan mendesak mereka untuk terus berbicara. Situasi yang menyedihkan apabila anda dengan lantang memberitahu yang anda suka pada mereka dan ingin menjalinkan hubungan. Jangan! Mereka tidak suka dengan perkara yang terburu-buru. Mereka bukan la jual mahal tetapi lebih berhati-hati.

4. Dan yang paling penting, jangan sesekali mengubah cara mereka yang introvert kepada extrovert bermaksud untuk menjadi orang yang lebih lantang bersuara pada orang ramai. Mereka adalah dua manusia yang berbeza, dan perbezaan itu adalah ciptaan Allah swt. Yakin pada-Nya mengapa manusia dilahirkan dengan sikap yang berbeza. Namun, ada juga sebahagian daripada mereka menyayangi anda dengan memanjatkan doa untuk permudahkan hubungan kalian.
 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,201 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen