Cara Untuk Kurus Sebelum Naik Ke Jenjang Pelamin.

 

“Alamak! Berat badan makin naik!” Bahagialah katakan nak jadi suami atau isteri orang. Tapi, risau pula gambar nikah tak cun. Okay, baca dulu tips ni. Lepas baca, amalkan untuk kurus sebelum tarikh nikah anda nanti.



1. Niat yang tepat

Nak kurus, biarlah niat yang baik. Barulah kurus sampai bila-bila mudah-mudahan. Misalnya kita berniat untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Dengan niat sebegini, anda sebenarnya telah berniat untuk kekal sihat sehingga tua. Berbeza dengan orang yang ingin kurus semasa majlis perkahwinan sahaja. Niat sebegini tidak kekal lama. Jadi, mulai hari ini azamkan sebaik mungkin niat anda agar kurus dapat dikekalkan.


2. Jaga pemakanan

Sebenarnya, cara pemakanan yang terbaik adalah dengan kerapkan makan dan kurangkan kuantiti. Diselang selikan dengan makanan berat yang tidak mempunyai kolestol tinggi dan snack (buah-buahan). Berikut contoh jadual pemakanan:

  • Sarapan: 7.00 – 8.00 Pagi
  • Snacking:10.00 – 11.00 Pagi
  • Makan tengah hari: 12.30 – 2.30 Petang
  • Snacking: 4.00 – 5.00 Petang
  • Makan malam: 6.00 – 8.00 Malam



3. Senaman 

Selain pemakanan, badan kita juga perlu bergerak untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Jika tidak mampu untuk melakukan senaman setiap minggu, lakukan saja gotong-royong di rumah. Rumah kemas, badan pun sihat. Idea bernas kan?


4. Kurangkan gula ringkas, makanan masin dan berlemak

Apa pula gula ringkas ni? Gula putih maksudnya. Okay, Lepas ni bolehlah say bye kepada gula ringkas ini. Selain itu, kurangkan makanan yang masin dan jangan lupa hadkan makanan yang berlemak. Contohnya makanan yang bergoreng.



5. Banyakkan minum air mineral

Air mineral tidak mempunyai kalori. Ia juga tidak boleh menambah berat badan dalam tempoh masa yang panjang.

Tips yang diberikan ini ternyata berkesan setelah penulis melihat sendiri perubahan yang berlaku pada rakan terdekat. Nak bukti? lakukan sendiri. Hehe Apapun, perlulah dilakukan secara berterusan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,619 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen