Isteri Merajuk Kerana Suami Lupa Hari Lahir Isteri Dan Ulang Tahun Perkahwinan, Lima Punca Tarikh Keramat Itu Penting Bagi Wanita.

 

Setiap wanita yang ada sudah pasti akan sentiasa ingat hari kelahiran mahupun ulang tahun setiap orang yang disayanginya. Namun, ramai kaum lelaki mengambil jalan mudah untuk tidak mengingatinya. Jika tidak mengingatinya pasti akan berlaku sedikit perbalahan. Tetapi mengapa wanita begitu pentingkan tarikh keramat ini?



1. Rasa dihargai.

Sudah menjadi sikap wanita yang ingin sentiasa dihargai oleh insan yang dicintai. Bayangkan, si isteri sentiasa setia mendampingi suami tidak kira ketika susah mahupun senang. Jadi jika pasangannya hanya mengucapkan selamat hari lahirnya ataupun selamat ulang tahun perkahwinan, ia cukup membuktikan hanya wanita tersebut di hati pasangannya.

2. Yakin pasangan setia.

Wanita ini seorang yang terlalu banyak fikir sehinggakan sukar untuk mempercayai pasangannya. Jadi dengan hanya ucapan selamat ulang tahun dan hari lahir, ia mampu membuat seorang wanita itu percaya bahawa pasangannya setia padanya.



3. Inginkan kejutan.

Menjadi setiap impian wanita jika hari yang bermakna dipenuhi kejutan. Walaupun dengan hanya sekuntum bunga, kejutan di hari pentingnya mampu membuat dirinya senyum lebar sepanjang hari. Apa kata para suami buat ini, mesti romatik habis.

4. Rasa diberi perhatian.

Sebagai seorang isteri, hari-hari yang dijalani cukup memenatkan. Mungkin ada di antara mereka ini akan lupa hari lahirnya mahupun ulang tahun perkahwinan. Namun jika si suami memberi satu ucapan khas untuk isteri di hari penting itu, sudah pasti si isteri akan merasa diberi perhatian dan hilang segala lelahnya.

5. Pengukur Kasih sayang.

Dengan mengingati hal seperti ini, ia menjadi tanda kayu ukur bahawa suami masih mencintainya. Orang yang mencintainya adalah orang yang tahu segala-galanya berkaitan pasangannya. Tidak ada sedikit pun hal yang akan dilupakan suami. Oleh itu, hari-hari penting ini menjadikan hari yang lebih istimewa berbanding hari yang lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,493 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen