Kenapa Wanita Lebih Memilih Lelaki Yang Mempunyai Sifat Kekeluargaan?

 

Apabila sudah menginjak usia, perasaan untuk berumah tangga sudah pasti terasa. Mempunyai keluarga sendiri, anak sendiri, malah sudah bersedia untuk mencuba pelbagai resipi masakan mengisi kekosongan perut si suami. Perasaan untuk menjadi ibu kepada anak sendiri juga sangat berkobar-kobar kerana sahabat sendiri sudah ramai mendirikan rumah tangga.



Namun, sangat penting bagi wanita untuk memilih ciri lelaki yang menepati citarasanya dan demi pada masa hadapan. Untuk hidup dalam keluarga yang harmoni, sudah pasti wanita mahu kan lelaki yang terbaik untuk menjadi teman hidupnya. Tidak dinafikan lelaki zaman sekarang sudah ramai mempunyai skill memasak. Berkemungkinan kerana sudah biasa hidup bujang dan berdikari atau rajin tolong ibu memasak di dapur.

 

“Aiman nanti dah besar kena la rajin memasak, perempuan zaman aiman nanti mesti dah sibuk bekerja dan tak rajin nak masak untuk aiman lagi” contoh keluhan si ibu pada aiman yang berumur 10 tahun zaman 1999.

 

Selain pandai memasak, wanita juga cenderung memilih lelaki yang suka akan kanak-kanak kecil. Bijak memegang bayi yang ketika umur sebulan amat penting, kerana wanita akan berada dalam keadaan pantang dan mahu berehat. Secara emosi, wanita ketika ini akan kelihatan sangat moody dan mudah meroyan. Amat penting si lelaki memahami keadaan wanita ketika ini. Jangan pula keluar mencari madu yang lain!

Lelaki yang pandai mengagah budak kecil dan tidak penat melayan kerenah kanak-kanak juga mampu membuatkan hati wanita cair. Ketika ini wanita akan melihat, betapa rendahnya ego lelaki ketika melayan anak-anak kecil. Dari situ, wanita tahu yang lelaki tersebut akan pandai melayan anak dan menjadi ketua keluarga yang terbaik untuk dirinya.

Dengan mengikuti zaman terkini, lelaki juga mahu kan pasangannya bekerjaya untuk mencari rezeki lebih. Di tambah pula dengan perbelanjaan harian yang semakin naik harga, sudah tentu memerlukan duit lebih. Jika mendapat si lelaki yang tidak kisah pasangannya bekerjaya malah rajin pula untuk menolong wanita mengemas rumah. Anda sangat beruntung! Jangan lepaskan lelaki seperti ini!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen