Kekasih Lama Muncul Kembali? Ingin Kembali Kepadanya Tetapi Keliru? Ikuti Langkah Ini.

 

Setiap orang sudah pasti mempunyai kisah percintaan yang tidak kesampaian. Namun jika difikirkan semula kesilapan yang lalu itu, sudah pasti tidak ingin perkara itu berlaku lagi. Tetapi apa yang harus dilakukan apabila kekasih lama muncul kembali? Masih sayangkah diri anda padanya? Atau hanya rasa simpati yang tinggal.



1. Jujur pada diri sendiri.

Ini adalah perkara pertama yang anda perlu fikirkan, sebelum membuka ruang hati kepadanya semula. Apa kata anda jujur dahulu pada diri sendiri, jika tidak anda mungkin akan mendapat kekecewaan semula. Fikir sedalamnya sekiranya anda terasa was-was terhadap perasaan sendiri.

2. Ingat punca perpisahan.

Di samping itu, anda juga perlu mengingat kembali punca perpisahan yang berlaku pada anda sebelum ini. Tidak akan begitu mudah anda ingin pulang kepadanya jika anda yang disakiti. Maka dengan itu, imbas kembali setiap kesalahan yang pernah si dia lakukan kepada anda agar pisang tidak berbuah dua kali.

3. Jual mahal.

Masa ini lah masa yang sesuai untuk anda tunjuk ego anda. Jika dahulu dia pergi tinggalkan anda, rasanya tidak salah jika anda tidak layan akan kerenahnya lagi. Tanpa was-was anda block sahaja nombor telefon dan media sosialnya. Apa salahnya bertindak kejam kerana takut dilukai.



4. Dengar luahan hatinya.

Setiap orang berhak mendapat peluang yang kedua. Jika anda sudah melihat tindakannya sudah menyesal dengan perbuatan lampau. Maka tidak salah jika anda memberi peluang untuk mendengar apa yang ingin diluahkan oleh isi hatinya. Tetapi ingat jangan terperangkap.

5. Buat keputusan yang bijak.

Sebelum membuat apa-apa keputusan, anda perlulah memikirkan sedalam-dalamnya. Jika anda sudah tidak mahu ada kaitan dengannya, cakap sahaja. Namun jangan keputusan yang anda lakukan itu memakan diri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,875 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen