Lelaki Yang Bagaimana Lebih Menarik Perhatian Si Gadis? Berbadan Sasa Atau Hanya Memakai Topi?

 

Dengan ekonomi zaman sekarang, sudah tentu para lelaki risau jika mereka tidak mempunyai duit yang cukup untuk memikat kekasih hati mereka. Pada mereka, berpakaian selekeh dan tidak mempunyai kereta mewah sudah cukup membuatkan hati mereka gundah kerana tidak dapat memikat si gadis tercinta. Selain daripada itu, para lelaki juga seperti sudah mahu berundur diri jika si gadis itu lebih berketerampilan kemas daripadanya.



Usah risau. Tidak perlu sampai bermewah, menipu diri sendiri dan sanggup meminjam duit daripada rakan hanya semata-mata untuk memikat hati si dia. Cuba hidup dengan cara yang simple dan sihat. Bagaimana untuk atasi masalah ini? Jom baca.

1. Jika si lelaki tidak mempunyai minyak rambut atau pomade, tetapi masih kelihatan selekeh untuk bertemu dengan si dia. Cuba anda menyarungkan aksesori tambahan seperti topi. Dengan menyarungkan topi, anda akan kelihatan misteri dan seperti susah untuk di dekati. Kebanyakan gadis akan tertanya-tanya gerangan anda dan cuba untuk mendekati.

2. Tidak perlu berbadan sasa seperti selebriti-selebriti yang sudah tentu ada masa untuk pergi ke gym dan jaga pemakanan. Lelaki yang bersukan juga dapat menarik perhatian para gadis. Cukup anda boleh bermain bola sepak atau badminton. Sukan seperti ini juga boleh membina muscle badan anda supaya tidak kelihatan terlalu bongkok atau kurus. Sekiranya anda berperut buncit, bangun tidur pun boleh melakukan senaman untuk mengempiskan perut. Yang penting jangan malas! Jika malas, terlepas lah gadis pilihan anda!


3. Selain daripada itu, cukup anda menjaga bau badan anda. Seboleh-bolehnya tidak digalakkan merokok sebelum berjumpa dengan si dia. Jika boleh kurangkan merokok dan berhenti untuk kesihatan diri sendiri. Malah, anda mempunyai duit simpanan lebih untuk masuk meminang si gadis pilihan.

4. Siapa jangka, air mineral juga mampu untuk mengurangkan bau mulut anda? Minum air mineral yang secukupnya akan membuatkan mulut anda tidak kering dan tidak berbau. Jika kita kurang minum air mineral, ia akan menyebabkan kita akan minum air manis berlebihan dan makanan manis. Dan jangan lupa untuk menggosok gigi anda!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,553 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen