Wanita Yang Memilih Lelaki Berisi Sebagai Suami Adalah Lebih Bahagia, Ini 4 Sebab Mengapa Lelaki Berisi Menjadi Pilihan Hati Si Dia.

 

Ramai yang berpendapat lelaki berisi ini agak sukar untuk mencari jodoh. Namun, ramai sahaja wanita masa kini memilih lelaki yang berisi ini sebagai teman hidupnya. Hal ini kerana, mereka ini mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Kebiasaannya mereka ini lebih penyayang. Tapi apa sebab lain mereka ini menjadi pilihan?



1. Rasa selamat.

Oleh kerana tubuh badan yang sedikit besar, ramai wanita akan rasa lebih selamat jika berjalan bersama. Orang lain yang ingin ganggu pun takut apabila teman lelaki mempunyai badan yang lebih besar dan gagah. Selain itu juga, tiada gangguan dari pihak ketiga. Maka selamatlah dari cinta tiga segi.

2. Menjadi diri sendiri.

Lelaki yang badan berisi ini biasanya lebih menjadi diri sendiri dan humble. Mereka ini biasanya tidaklah miliki ego yang tinggi dan paling penting mereka ini tidak perasan handsome. Mereka ini lebih suka merendah diri dan mereka ini penyayang taw.

3. Tolong habiskan makanan.

Yang ini mesti ramai yang suka, yela kalau ikutkan nafsu perempuan semua makanan dia nak makan. Tapi jadi yang paling bahagianya ada yang join sekaki dan tolong habiskan makanan itu. Mau la tak sayang dekat buah hati itu. Selain itu, makanan tidak la membazir sebab ada tukang habiskan.

4. Tidak cerewet.

Biasanya lelaki badan berisi ini tidak cerewet. Tidak adanya nak suruh pasangan diet atau kurangkan makan sebab badan pasangan sama naik. Jadi si pasangan tak payah lah susah-susah lah berikat perut untuk mendapatkan badan yang disukai si lelaki. Mereka ini lebih banyak menerima kekurangan pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,068 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen