Gadis Mudah Terpikat Dengan Lelaki Kelakar, Betul Ke? 5 Sebab Lelaki Kelakar Menjadi Pilihan Hati Si Gadis.

 

Setiap gadis sudah semestinya mempunyai lelaki idamannya. Dalam pencarian calon hidupnya, para gadis akan meletakan satu penanda aras yang bakal memikat dan mencuit hatinya. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi pilihan hati si gadis. Tapi, Pasti ramai di antara gadis di luar sana memilih lelaki kelakar menjadi pilihan. Apa yang seronoknya lelaki kelakar ni? Lawaknya ke? Meh kita tengok.



1. Sentiasa positif.

Macam biasalah kalau nama kelakar ni, mesti lah orangnya sentiasa positif. Kalau negatif macam mana nak buat kelakar kan? Hal ini menyebabkan para gadis lebih selesa jika bertanya pendapat mengenai sesuatu perkara. Bila kerap bertanya mestilah hati terpikat.

2. Percakapan yang santai.

Apa yang menambah menariknya lelaki kelakar ni adalah cara percakapan yang santai dan tidak terlalu serius. Maka mudah lah gadis-gadis ini terpikat. Yela, kalau serius 24 jam pun tak best juga. Jadi percakapan yang santai ini membuatkan para gadis lebih berasa selesa apabila berbual. Itu belum lagi jika ditambah lawak kelakarnya. Mahu tak kering gusi ketawa.



3. Berkeyakinan tinggi.

Bab-bab confident ni, mestilah lelaki kelakar ni terer. Yela bila nak buat lawak bagi orang ketawa tu dah kena ada keyakinan. Apa lagi bila nak pikat hati gadis-gadis ni. Mestilah confident dia orang ni tinggi. Mereka ini juga mampu meluahkan tanpa rasa malu. Orang macam mereka ini lebih mudah mesra dengan orang sekeliling. Senang la nak pikat hati mak mertua.

4. Spontan.

Tingkah laku lelaki kelakar ni selalu akan bertindak secara spontan. Mereka ini juga kelihatan lebih jujur apabila berhadapan dengan gadis yang mereka minati. Dalam spontan-spontan, tiba-tiba ajak kahwin, mahu tak gembira si gadis tu. Lawak yang spontan pun boleh pikat hati gadis taw, inikan pula percakapan yang spontan kan?

5. Bukan kaki gaduh.

Jarang sekali kita boleh lihat lelaki kelakar ini bergaduh bukan? Jadi kalau pasangan mereka ini merajuk tentu sahaja mereka ini akan memujuk dan mengambil hati pasangan semula. Macam yang kita tahu, orang perempuan ini memang tidak suka pada lelaki yang kasar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,699 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen